TERSENYUM Zara membaca pesanan ringkas yang dikirimkan oleh Tan Sri Rahman Syah. Bukannya ayat jiwang-jiwang atau ayat membeli jiwa. Cukuplah dengan ayat mengambil berat dari lelaki tersebut. Lelaki itu yang sakit, tapi perihal dia pula yang dirisaukan.
Zara sendiri pun tidak tahu kenapa dia merasa
selesa sangat dengan Tan Sri Rahman Syah. Mungkin juga kerana sikap matang
lelaki tersebut buat dia rasa disayanggi. Sejujurnya dia merasakan seolah dia
kembali merasai kasih sayang seorang ayah.
“Jom
la.. Nak keluar tak?” Teguran Mila mematikan senyuman Zara.
Zara
angguk dan tangan pantas mencapai beg tangan di atas katil. Mila teman
serumahnya atau boleh juga dikira sebagai teman sekampung. Dulu dikampung dia
bukanlah rapat sangat dengan Mila ni. Tapi semenjak duduk sekali ni. Hubungan
mereka jadi rapat. Mungkin juga sebab dia rasa, dia hanya ada sahabatnya itu. Seseorang
yang dia kenal disini.
“Zara..”
“Hmm?”
“Banyak
sangat aku dengar cerita pasal kau sekarang ni..”
“Cerita
apa?” Soal Zara sambil melirik ke arah Mila yang sedang memandu. Kalau dilihat
dari segi rupa sahabatnya ini biasa-biasa sahaja. Tapi mungkin sebab tugasnya
sebagai penyelia hotel membuatkan Mila perlu pandai bergaya.
“Kau
ni betul tak tahu ke? Atau kura-kura dalam perahu?”
“Kalau
kau tak cakap memang la aku tak tahu..” Zara merengus geram. Ingat dia ni jenis
ambil kisah ke pasal pandangan orang tentang diri dia. Kalau orang tak cerita
sendiri dekat telinga dia ni. Memang dia tak akan tahu.
“Kau
dengan Tan Sri tu macam mana?”
“Oh!
So ni cerita tentang aku dengan Tan Sri tu ke?”
“Ramai
yang cakap kau kehulu kehilir dengan dia. Kau scandal eh dengan dia?”
Hampir
terbelahak Zara menddengar kenyataan yang keluar dari mulut Mila. Scandal? Hey!
Dia bukan jenis perempuan tak ada citarasa.
“No!
Aku kawan aje la dengan dia.” No scandal-scandal ok!
“Kawan?
Heyy Zara. Dia tu dah layak jadi bapak kau tau. Kawan apanya. Memang normal pun
kut kalau orang cakap kau ada scandal dengan dia. Kau tu mudah belia. Tan Sri
tu pulak dah separuh abad. Banyak duit pulak tu!”
Zara
menjulingkan mata ke atas.. Mila! Kenapalah otak dia macam cacing bawah
tempurung.
“Mila.
Kau ni klise sangat lah! Takkan la asal perempuan muda berkawan dengan orang
tua bergigi emas. Mesti scandal. Mistress. Tak la Mila. Cuba la kembangkan
sikit otak tu..” Dia jadi perempuan simpanan Tan Sri Rahman Syah? Tak pernah
Zara terfikir langsung.
“Itu
kau cakap. Habis tu Tan sri? Pernah kau tanya perasaan dia pada kau?”
“Aku
yakin dia pun anggap aku ni kawan.”
“Tapi
aku tengok cara dia layan kau macam tak je. Setiap hari berkepit. Dia syok kat
kau la Zara.”
“Dia
macam tu sebab dia sunyi. Anak-anak tak pedulikan dia. Isteri pulak dah tak
ada.. Sebab tu la dia suka berkawan dengan aku. Orang lain apa tahu. Tahu
menambah perisa je..” Tekan Zara tegas.
“Habis tu kau? Kurang kasih sayang juga ke?”
Zara
tergelak mendengar ayat Mila. Kalau nak kata dia kurang kasih sayang..emm..
Bolehlah!
“Aku
anggap dia macam ayah aku je Mila.”
“Yela
tu!”
Zara
tersengih. Agak dah! Memang Mila tak akan percaya punya. Siapalah yang nak
percaya cerita dia ni.. Sebab tu la Adila tu pun marah sangat dekat dia..
Macamlah dia nak ambik terus Tan Sri Rahman Syah tu. Apa salahnya kalau
berkongsi sikit kasih sayang tu dengan diri dia.
“Anak Tan Sri tu ada jumpa aku baru ni.”
“Ha
kenapa?”
“Dia
ugut nak bunuh aku.” Zara masih ingat lagi macam mana si Adila tu sembur muka
dia. Dekat depan orang ramai pulak tu. Dah gaya macam gangster woman!
“What?!” Jerit Mila kuat.
Zara
mengosok-gosok telinga. Gila punya jerit Mila ni!
“Anak
dia tu tak suka aku la..” Ulang Zara lagi cuba berlagak tenang. Padahal dalam
hati dia ni rasa tergugat juga sebenarnya dengan ugutan Adila tersebut.
“Ni bukan kes main-main Zara. Aku rasa baik
kau report polis. Dibuatnya dia betul-betul bunuh kau macam mana?”
“Aku
tak rasa la macam tu. Saja je budak tu nak takutkan aku.” Zara menyedapkan hati
sendiri.
“Zara.
Kau tak payah la dah jumpa orang tua tu..”
“Apasal
pulak?”
“Zara!
Kau ni tak takut mati ke hah? Dah kena ugut macam tu pun tak reti serik-serik
lagi ke.. Tak sayang nyawa?!”
“Ajal
maut ditangan tuhan..” Zara menjawab mudah. Padahal hakikatnya dia juga sudah
kecut perut.
Zara
mula rasakan yang sepatutnya dia bagi tahu je pasal ugutan Adila tu pada Tan
Sri Rahman Syah. Biar lelaki tu ajar sikit anak bongsunya cara menghormati
orang yang lebih muda. Tapi nanti macam dia ni mengada-ngada pulak. Tak pasal
je dia akan merosakkan lagi hubungan dua beranak tu nanti. Silap hari bulan
nanti Adila tu akan jadi tambah benci pada dia. Jangan cari pasal!
“Kau
ni! Degil tahu tak..”
“Jangan
risau la. Takkan la aku senang-senang je nak serah nyawa aku dekat orang lain.
Lagipun aku kan ada kau.”
Zara
tergelak sendiri dengan ayat yang dia sendiri reka. Cehh! Pandailah dia. Apalah
yang boleh dia harapakan dari sahabatnya ni. Badan Mila pun lagi kerempeng dari
dia. Ini kalau Adila tolak dengan hujung jari pun boleh tersembam.
“Lagi.
Dia cakap apa?”
“Tak
ada apa. Em tapi aku pelik la Mila. Cara Adila tu tuduh aku macamlah aku ni dah
lama jadi mistress ayah dia tu. Gayanya macamlah dah berlori-lori duit ayah dia
tu aku kebas!” Zara patah-patahkan jari.
Geram
juga sebenarnya dia dengan Adila tu. Tahulah banyak duit. Tapi takkan la nyawa
dia pun dia mudah-mudah nak buat main. Nyawa dia bukan boleh dibeli dengan wang
ringgit!
“Berapa
dah duit orang tua tu yang kau kebas?”
“Hey!”
Zara hadiahkan cubitan di lengan Mila.
Terjerit
Mila sambil melepaskan ketawa. Suka hati je! Ini kalau orang lain dengar
mahunya dia dicop mesin menelan duit. Memang la banyak juga Tan Sri Rahman Syah
tu dah berhabis untuk dia. Tapi tak adalah sampai tahap dia mampu pakai Audi
melintang atas jalan raya.
“Adila
tu cakap aku ni la salah satu penyebab kenapa mama dia tinggalkan dia. Penyebab
kenapa mama dia sakit makan hati dengan papa dia.”
“Really?”
“Yela.
Itu yang jadi aku pelik sangat. Setahu aku, masa aku kenal Tan Sri. Isteri dia
memang dah lama meninggal. Bahagian mananya aku yang jadi penyebab? Aku ni, muka
arwah isteri Tan Sri tu pun aku tak pernah tengok. Tak pasal je nak dituduh
macam tu..”
“Aikk!
Ha ah kan.. Pelik juga tu..”
“Ha
tau pun kau. Aku rasa anak dia tu saja je mereka cerita. Saja nak buat aku ni
bersalah.. Elehh! Aku kebas betul-betul bapak dia tu baru tahu!”
“Hai!
Ada niat nampak..”
Zara
tergelak melihat jelingan Mila. Jangan risaulah. Nur El Zara ni ada citarasa
mewah. Tak mainlah kahwin dengan orang tua. Berkawan biar keliling pinggang.
Bersuami biar yang boleh menyegarkan hati sampai akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan