Ahad, 7 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 08


HUJUNG kasut menguis-guis karpet. Sesekali mata akan menjeling jam di pergelangan tangan. Dah hampir pukul 9.30 pagi. Manalah Ahqaf ni. Hari pertama dah lambat. Dia juga yang tercongok menunggu.
“Morning, bos.”
Teguran itu membuatkan kepala Anggerik laju berpaling ke sebelah kiri. Kelihatan Ahqaf yang sedang melangkah penuh gaya dengan kemeja warna ungu.Tali leher pula hanya disangkut ke bahu. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar. Manakala sebelah lagi memainkan kaca mata hitam. Dipusing-pusingkan ke udara. Kalau dilihat dari gaya, memang selamba habis. Langsung tak ada rasa bersalah.
“Hmm!” Ahqaf membalas ala kadar teguran dari pekerja-pekerja Fetriz Holdings. Dia tahu dia kini sedang menjadi tumpuan. Namun dia tidak berminat untuk beramah mesra.
Bukannya dia tak tahu. Manusia ni ada macam-macam topeng. Mentanglah dia anak big bos. Semuanya tunduk hormat. Cuba kalau dia hanya tukang lap tingkap. Jangan harap la senyuman seindah pelangi itu dia akan terima.
“Hai, my Anggerik. Come.” Tanpa isyarat lengan Anggerik dia tarik. Macamlah dia tak nampak muka masam mencuka tu. Sengaja dia buat tak nampak. Kalau dia rajin sangat bertanya nanti. Makin mencuka pulak wajah tu.
Anggerik bulatkan mata. Tangan Ahqaf yang melekap kemas di lengannya dia yepis kasar. Namun makin kuat dia cuba leraikan. Makin kuat pula tenaga lelaki tersebut. Lintang pukang langkahnya apabila terpaksa mengikut rentak langkah Ahqaf yang panjang.
“So, how? Best tak?” Soal Ahqaf sebaik sahaja menolak pintu kayu besar berwarna putih itu. Reaksi Anggerik yang sedang marah lansung dia tak hairan. Kerusi di bahagian sudut bilik dia tuju. Punggung dilabuhkan dan kaki kanan naik bersilang di atas kaki kiri.
“Apa best?” Soal Anggerik bengang. Sudahlah paksa dia terima kerja di Fetriz Holdings. Lepas tu biarkan dia tercongok macam orang bodoh menunggu di hari pertama. Sekarang suka hati nak pegang-pegang dia.
Baru hari pertama hati dia dah mengelegak. Ini nak cukup seminggu, rasanya memang boleh meletup.
“Jadi PA aku la.”
“Baru haru pertama dah tanya soalan macam tu. Manalah saya tahu.”
“Gerenti akan best!” Penuh berkeyakinan Ahqaf menuturkan ayat.
Gadis manis yang berada di hadapannya dipandang dari atas ke bawah. Cantik berbaju kurung kain kapas. Tudung pula bukan main berbelit-belit. Dah macam sari pula yang dililitkan ke kepala. Cuma satu yang kurang, tiada langsung secalit senyuman. Kalau depan mama dan papa dia. Boleh pulak perangai sopan santun. Hipokrit betul!
“Kenapa lambat?” Anggerik menyoal geram. Mamat ni langsung tak ada rasa bersalah. Mentanglah syarikat bapak dia.
“Eh! Suka hati akulah.” Kecil mata Ahqaf memandang Anggerik. Ada pula pekerja menyoal bos. Memang tak patut betul!
“Tapi awak dah buat saya menunggu.” Balas Anggerik.
“Memang aku saja nak buat kau tunggu. Aku bos. Bukan kau.”
Anggerik menjeling. Inilah tujuan sebenar Ahqaf. Nak jadi bos dia. Kemudian boleh buat sesuka hati pada dia. Tak apa. Dia akan keluarkan segala ilmu kebal dia. Nak kenakan dia sangat kononnya. Kita tengok siapa yang terkena.
“Baiklah tuan. So, sekarang apa tugas saya.” Tidak mahu berlama dengan Ahqaf. Cepat dia menyoal. Cepat juga dia boleh keluar.
“Tugas pertama. Duduk.” Arah Ahqaf. Dari tadi lagi Anggerik berdiri depan dia.
“Duduk?” Soal Anggerik semula. Pelik.
“Yela. Duduk. Berdiri depan aku, dah macam pokok krismas pulak aku tengok.”
Jawapan selamba Ahqaf mengundang jelingan Anggerik. Mulut tu kalau dia dapat tampar dengan raket badminton. Memang nikmat!
“Dah.” Kata Anggerik sebaik sahaj duduk bertentangan dengan Ahqaf.
“Okey. Tulis yer apa yang aku nak cakap ni.” Mata Ahqaf melirik ke arah pen dan diari yang sedari tadi memang sudah berada di tangan Anggerik. Memang sudah bersedia nampaknya.
Arahan Ahqaf dia turuti. Isyarat mata diberikan ke arah lelaki itu yang dia sudah bersedia. Boleh pula lelaki itu bersenang lenang bersandar ke sofa. Langsung tak ada gaya orang yang serius nak bekerja.
“Ini adalah syarat-syarat aku sebagai bos kau. Tulis dan ingat. First, sabtu dan ahad aku memang wajib bercuti. Tak kiralah ada mesyuarat penting atau orang dari Negara Arab nak datang sekalipun. Even kalau syarikat ni nak terbalik sekalipun aku tak peduli. Sabtu dan ahad aku tak nak jejak kaki dekat ofice. Tidak akan. Faham?”
Anggerik angguk sekali dengan kepala yang masih menunduk memandang diari ditangan. Dalam hati sudah bersorak riang. Yes! Itu maknanya dia pun akan bercuti jugalah. Selamat dua hari dari menatap muka penyangak ni.
“Jangan nak senyum sangat. Aku cuti dari masuk office jer. Tapi kalau aku ada kerja dekat luar, kau still kena ikut.”
Anggerik angkat muka. Benci! Baru je dia nak bersenang hati sikit. Dah kacau feel.
“Kedua, hari isnin aku hanya akan masuk office selepas pukul 12 tengahari. Sebelum waktu tu, kau yang akan ambil alih tugas aku.” Rokok dikeluarkan dari poket seluar slacknya.
“Eh! Kenapa pula?”
“Eh! Ikut suka hati akulah.” Jawab Ahqaf sambil meniru nada suara Anggerik.
Anggerik mencebik. Suka buat hal! Tak pasal je dia pula yang kena buat kerja lebih. Dah tahu bos, buatlah cara bos.
“Next!”
Ahqaf membalas cebikan Anggerik. Marah nampaknya. Pelik dia dengan perempuan seorang ni. Langsung tak ada mengedik. Garang sepanjang masa. Serius saja mukannya. Kalau perempuan lain tu. Asal nampak muka dia jer mulalah jadi lalang. Terhuyung hayang.
“Friday evening lepas lunch hour aku tak masuk pejabat.”
“Kalau dah asyik tak masuk pejabat, bila nak siap kerjanya. Ikut suka hati tuan saja kan. Cubalah berdisiplin sikit!” Bebel Anggerik geram.
Tadi isnin pagi lewat masuk. Ini jumaat petang pula tak masuk. Banyak cantik muka!
“Cik Anggerik. Jumaat itukan kaum Adam nak pergi solat jumaat. Lepas solat jumaat aku nak dengar ceramah dekat masjid. Nak baca yassin. Mana sempat nak masuk dah.” Balas Ahqaf. Rokok di bibir dia sedut dalam.
 Menjawab aje tahunya budak Anggerik ni!
“Tuan bukannya lebai pun nak duduk masjid tu lama-lama.” Tidak mahu kalah Anggerik membalas. Juga dengan nada geram.
Ada juga yang dia suruh anak Rizky Dhan ni telan rokok tu nanti. Cakap tak serupa bikin betul. Kononnya nak dengar ceramah. Entah-entah maksud ceramah pun tak tahu. Berlakon je lebih!
“Memang aku bukan tok lebai. Tapi aku tok kadi. Meh sini aku nikahkan kau. Nikah dengan aku nak?”
“Tak nak. Perangai macam tenuk masuk bandar. Ada hati nak jadi suami saya. Tolonglah.”
“What’s you call me? Tenuk?!” Hampir tersedak asap rokok Ahqaf dibuatnya. Tuhanku. Geramnya dia dengan mulut perempuan ni. Memang nak kena cium. Bagi ubat supaya lepas ni beringat.
Anggerik tayang sengih. Nak buat macam mana. Dah terlepas cakap. Siapa suruh Ahqaf bagi kenyataan bengong macam tu. Memang melompat la dia.
“Third! Tulis cepat.” Arah Ahqaf penuh kegemaran. Rokok di tangan dia campak ke atas lantai dan dipijak dengan kasut.
“Cakap la dulu. Macam mana nak tulis kalau tak cakap.” Jawab Anggerik. Mata menjeling kaki Ahqaf. Habislah penuh pejabat ni dengan puntung rokok tak lama lagi. Buang sampah sesuka hati.
Ahqaf ketap bibir. Menjawab!
“Jangan sesekali letak paper atas meja kerja aku. Aku tak suka baca paper.”
“Tuan selaku ketua mestilah kena baca paper. Kena tahu isu semasa.” Ada ke pula tak nak baca surat khabar. Jangan cakap yang bos dia ni tak reti membaca sudahlah.
“Apa guna ada hp ni kalau tak boleh nak tahu isu semasa.” Iphone 6 dicampak ke atas meja. Boleh pula Anggerik sekolahkan dia. Macamlah dia budak-budak. Nasib baik ada meja ni jadi pemisah antara dia dengan si gadis. Kalau tak ada, memang dia dah gigit pipi tu. Banyak cakap sangat.
“Seterusnya..” Anggerik buat tak layan. Mentanglah banyak duit. Suka hati jer main campak-campak. Dia ni manalah tahunya nak baca berita dengan internet segala ni. Dia bukannya minat pun benda-benda macam tu.
“Masuk bilik aku. Mesti ketuk. Faham tak? Mesti ketuk pintu dan bagi salam penuh.”
“Okey.” Laju tangan Anggerik menulis. Semuanya perkara yang entah apa-apa. Buat membazir helaian diari je. Ini pun tadi setiausaha Dato Rizky yang bagi. Kalau harap dia memang tak ada apa.
Ada tangan je yang boleh bagi penampar selayang dua dekat Ahqaf ni.
“Lagi satu, esok datang sila tukar perfume. Nak gugur bulu hidung aku ni. Busuk tahu tak. Entah perfume apa kau pakai.”
Ini memang nak makan penampar
“Maaf yer tuan. Saya rasa perfume saya tak ada kena mengena dengan bulu hidung tuan. Yang ini saya terpaksa ingkar.” Sehabis mungkin Anggerik cuba mengawal suara. Dia tahu yang Ahqaf memang sengaja nak buat dia sakit hati.
“Aku bos kau. So, ikut suka hati aku la. Aku tak suka. Jangan pakai.” Kali ini Ahqaf sudah bangun berdiri. Meja kerja didekati. Hidung dia gosok-gosok.
Anggerik menjeling. Dasar hitler! Langkah kemas Ahqaf diekori tanpa suara. Sehinggalah lelaki itu bertindak dengan menyepak-nyepak kaki meja.
“Eh! Tuan ni dah kenapa? Takkan sebab saya tak nak tukar perfume pun nak mengamuk.”
Ahqaf yang sedang meneliti segenap ruang bilik segera berpaling ke belakang. Menghadap si gadis yang masih kaku duduk di tempat asalnya tadi.
“Aku tak pernah terjejas dengan sesiapa. So, sorry la kalau kau rasa aku akan terjejas semata kau tak nak tukar perfume. Degil sangat, aku senang jer. Aku cium je terus kau tu. Baru reti dengar cakap aku.” Senyuman senget Ahqaf ukirkan. Sebelah kening ternaik tinggi.
Wajah Anggerik yang berubah kemerahan menjadi santapan matanya. Tahu pula malu. Memang pembantu dia ni kena ajar dengan cara yang miang macam tu. Contoh kes masa dekat majlis doa selamat tempoh hari. Memang patuh sungguh Anggerik. Agaknya memang nak dia buat macam itu lagi kut.
“Habis tu yang sepak meja tu kenapa?” Kali ini suara Anggerik sudah berubah perlahan.
Masuk bab yang satu tu memang dia takut. Dia tahu Ahqaf memang ada kepakaran dalam bab yang macam tu. Jadi dia tak nak cari pasal.
“Saja aku nak test kuat ke tidak. Kut la papa aku bagi meja yang secondhand. Dia kan memang suka dengki dekat aku.”
Pula! Siapa yang dengki dengan siapa pun tak tahulah.
“Lagi Tuan. Ada apa-apa lagi.” Soal Anggerik dengan pen yang masih setia di tangan.
“Emm. Ada. Lepas ni aku nak kau cari contact number kedai yang jual sound system. Pass kat aku.”
“Untuk?”
“Saja je. Kut la boleh jadi menantu taukey kedai sounds system pulak ke.”
Anggerik garu hujung hidung. Padan muka. Terkena lagi. Lepas ni sila beringat. Jangan tanya soalan yang tak penting. Tanya soalan utama je.
“Okey. Lagi?”
“Lagi.. Emm. Aku nak kau panggil aku bos. Tuan. Tuan. Aku bukannya orang tua.” Ahqaf melompat naik ke atas meja. Bersantai dengan berjuntai kaki.
“Itu pun nak jadi masalah sangat.” Omel Anggerik perlahan.
“Aku dengar.”
Anggerik buat muka tak bersalah. Telinga lintah betul.
“Dan ini last...” Kata Ahqaf sambil memerhatikan wajah masam mencuka Anggerik.
Anggerik dongakkan kepala. Menentang pandangan Ahqaf yang juga sedang memandangnya. Untuk seketika pandangan mereka bertemu. Cepat Anggerik alihkan pandangan. Dia memang cukup takut nak pandang mata hazel tu. Seram sejuk!
“Apa?” Soalnya sambil berpura-pura mencatit sesuatu.
“Sini.” Gamit Ahqaf.
Anggerik kerut kening tak mengerti.
“Sini.” Sekali lagi Ahqaf mengamit. Kali ini lebih tegas bunyinya.
Dengan susah payah Anggerik melangkah mendekati Ahqaf. Sudahlah pandang dia macam boleh tembus. Memang rasa terherot-herot cara dia berjalan. Nak melawan nanti. Tahu sangat dah perangai Mr.bad guy ni. Tak pasal je dia kena jerkah.
“Kau sayang tak bibir kau tu?” Soal Ahqaf sebaik sahaja Anggerik sampai di hadapannya. Berdiri dengan jarak tiga langkah darinya. Takut sangat dia terkam. Bibir yang bercalit lipstik warna peach itu dia pandang lama.
“Huh?” Anggerik tutup bibir sendiri. Tengok cara Ahqaf pandang bibir dia itu pun dia dah rasa tak selamat. Merbahaya.
“Sayang kan? So, lepas ni sila rajin-rajin senyum setiap kali ada dengan aku. Sekali jer aku nampak bibir kau tu muncung. Tahulah apa yang aku nak buat.” Tutur Ahqaf penuh makna. Tangannya mengetuk bibir sendiri. Dia tahu kepantangan Anggerik. Kalau ugut dengan perkara yang macam itu. Memang Anggerik akan patuh.
Tapi kalau tak patuh. Itu namanya rezeki dia la. Dia tak kisah nak kerjakan bibir tu. Senyuman panjang dia ukir melihat mata Anggerik yang terkebil-kebil. Akhirnya, si leopard tidak ada modal untuk menjawab.



8 ulasan:

  1. Ahqaf stop smoking ok hate that.. arghhh sakit hati gile gan mamat ni

    BalasPadam
  2. Sabar abby. Hihiii. Memang ahqaf saja nak bagi sakit hati dulu. Nanti dia nak semua akan fefeling love-love kat dia..

    BalasPadam
  3. ahqaf bagus2 buat ugutan tu.............heheehehhehe..anggerik jaga2 tau hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bada.. Anggerik tu berhati-hati la macam mana pun. Kalau dengan Ahqaf, memang tak selamat juga..

      Padam
  4. cepat sambung ya cik writer...
    x sabar nak tahu kisah selanjutnya..
    best cerita :)

    BalasPadam
  5. best best ,,,,... cepat sambung ya.....

    BalasPadam
  6. sengal nauzubillah..Sabar jerr..mcm nk bg sekehan maut...

    BalasPadam