Jumaat, 15 Ogos 2014

Pencuri hati Vs Penembak Cinta

Bab 07

HYE girls... What’s wrong?” soal Gun sambil bersandar di bahagian hadapan kereta hitam miliknya. Tenang menyeluk tangan ke dalam poket seluar pendek paras lutut.
“Kereta...”
Girl! Shut up.” Mata dijegilkan memandang Hayati dan Sabrina. Haih budak berdua ni cepat sangat tunduk kalau jumpa lelaki ada rupa sikit. Miang.
Nothing. Awak jangan nak sibuk boleh tak... Pergi balik. Menyampah pula saya tengok muka awak tu.”
Maira membuat muka serius. Takkan pula dia nak mengaku minyak kereta dia habis? Jatuh merudum la saham dirinya.
“Orang datang tanya elok-elok... sombong pula. Habis tu, kalau tak ada apa-apa, kenapa buat perhimpunan tengah panas terik ni? Dah jemu ada kulit putih ke... nak bagi berkarat pula. Right?” soal Gun sinis.
“Eh, suka hati saya la nak buat perhimpunan ke... even mesyuarat sekalipun kat tengah-tengah panas ni. Tak ada kena-mengena dengan awak pun. Syuhhh syuhhh pergi balik...” Langkah diatur dengan anggun untuk membuka pintu kereta. Berlagak selamba.
Ara, are you crazy? Lelaki kacak nak tolong, terima aje la. Duduk lama-lama kat sini hangit ketiak I ni tahu tak.”  
Baru ingin menerobos masuk ke dalam kereta, lengannya terlebih dahulu ditarik oleh Hayati.
No way!” tegas Maira.
Okay then you nak duduk berkukus dalam kereta ni sampai bila...” Terketap-ketap bibir Hayati berbicara.
Geram pula dengan Maira ni. Pantang betul dengan lelaki bernama Gun, semuanya tidak kena. Sesekali mata menjeling ke arah Gun yang sedang memandang ke arah mereka. Wajah yang tenang seolah-olah langsung tidak terkesan dengan cuaca yang panas membahang.
“Okey. If that's the case, then I have to go...”
“Eh... mister handsome!”
Hampir jatuh rahang Maira melihat Sabrina yang telah memeluk kemas lengan Gun. Bukan tadi pening ke... sejak bila pula aura gedik kembali ni? Maira menahan hati melihat Sabrina yang menayang senyum sambil tangan lincah membetulkan rambut yang hampir layu sebentar tadi.
“Ya?” soal Gun bersama kening yang terjongket sebelah. Tangan Sabrina ditolak perlahan.
Errr...” Tergagap Sabrina untuk memulakan ayat. Pandangan dilemparkan ke arah Maira yang masam mencuka.
“Kalau tak ada apa, aku pergi dulu...”
“Kereta kami habis minyak!” Laju Sabrina menuturkan ayat apabila melihat Gun yang beraksi seolah-olah ingin berlalu.
Terhenti langkah Gun. Suasana sepi untuk seketika sebelum terbit ketawa kecil dari bibir Gun. Langkah diatur mendekati kereta Volkswagen Polo milik  Maira dan menepuk-nepuk bahagian bumbung kereta berkenaan.
“Hei! Jangan pukul baby saya.” Laju Maira menapak ke arah Gun sebelum menolak tubuh lelaki berkenaan.
Gun masih tegak berdiri, langsung tidak menerima kesan akibat tolakan daripada Maira.
Argh! Kejung betul lelaki ini. Sabrina yang sedang tersengih-sengih memandang Gun dijeling tajam. Derhaka punya kawan.
So... Volkswagen ni habis minyak la ya...”
Gun mengukirkan senyuman mengejek. Maira mengetap bibir menahan debaran di dada. Walaupun hanya senyuman menjengkelkan, namun senyuman itu benar-benar membuatkan ususnya membelit jantung.
Haih... sayang betul... Perempuan cantik... tapi bengap. Betul la orang cakap, perempuan ni hanya tahu pegang stereng. Tapi apa pun tak tahu pasal kereta. Dan ini kali pertama aku jumpa orang terlupa isi minyak...”
“Bab cantik tu memang betul. Five stars I give mark of you. But bab bengap tu, salah! Pembetulan... bukan saya yang bengap. Tapi awak... awak yang bengap sebab pandai-pandai buat spekulasi sendiri. Ini bukan namanya bengap... tapi terlupa... Faham tak... T.E.R.L.U.P.A...”
Satu persatu ejaan perkataan terlupa disebut Maira. Badan dipusing menghadap Gun yang masih berdiri tegak. Mata bertentang mata. Walaupun berkaca mata hitam, namun dia pasti Gun sedang memberi pandangan membunuh ke arahnya.
No... aku tetap rasa kau bengap. Sebab kau mesti fikir, Volkswagen ni pakai air kan... sebab tu kau tak isi minyak. Yalah nama pun Volkswagen... Bad taste!”
Bad taste? Wah, sedapnya mulut... Ini Volkswagen Polo tahu? Bukan kereta katak. Kereta saya ni comel... sama macam tuan dia. Awak tu yang bad taste... naga sana sini... Dah macam lori karnival bergerak tahu tak!”
Kali ini Maira sudah bercekak pinggang. Memang tak boleh nak buat muka tenang kalau berdepan dengan Gun. Tapi... Gun masih lagi berwajah selamba. Dia pula yang sudah berpeluh-peluh menahan panas dalam hati dan panas terik mentari. Tambah lagi dengan panas aura naga lelaki di hadapannya itu.
“Perasan... comel apa... taste orang tua...”
Perlahan Gun menuturkan ayat. Namun melihat senyuman senget dari bibir Gun membuatkan hatinya disimbah api.
“Awak ni kan... eee, memang nak kena lipat dengan saya!” Maira menumbuk-numbuk lengan Gun. Geram! Bertambah geram apabila melihat Gun yang masih beriak bersahaja, malah masih berdiri kukuh. Pakai ilmu kebal agaknya dia ni. Jaga kau...
“Masya-Allah! Ara... cool!!!”
Baru sahaja dia menunduk untuk membuka kasut tumit tingginya, Sabrina terlebih dahulu menghalang tindakannya.
“Tepi, Rin!!! Biar I ajar peluru expired ni!” Tangan lincah untuk membuka kembali kasut yang tersarung di kakinya. Masa macam inilah susah pula nak buka.
No! Ya Allah. Selamatkan la kawan I daripada dirasuk. Yat... help me... Ara kena rasuk ni. Call bomoh cepat...”
Maira meronta-ronta apabila Sabrina memeluknya. Hayati juga bertindak memegang tangannya sambil tangan sebelah lagi kalut mencari telefon.
“I tak ada call number bomoh. Doktor Amran yang macho tu ada la. Boleh ke kalau I call dia aje?” 
“Mana boleh! Ara kena rasuk tahu tak... Bukan sakit gigi!”
“Ha, kalau macam tu, I call nenek I kat kampung la.”
“Nak tunggu nenek you pukul berapa pula nak sampai sini?”
“Tok wan I la. Tok wan boleh drift kereta laju!”
“Yat! You jangan nak jadi bengong boleh tak? Cepat la!”
Errr... Okey-okey I call bibik I suruh datang sini baca al-Quran. Haaa...”
Sabrina serasa begitu teringin menghadiahkan Hayati dengan tendangan maut. Kenapa hari ini Hayati jadi bodoh VS bangang sangat? Rasanya yang pening tadi dia, bukannya Hayati.
“Eee you all berdua ni gila ke? Bila pula I kena rasuk? Dah, lepaskan I... I nak ajar peluru ni...”
No! Ara ingat Tuhan. Ingat perempuan cantik tak boleh macam ni...” Sempat lagi Sabrina menyelit perihal imej diri.
“Tepilah... You all ingat ni tak waras ke? Tepi!” jerit Maira untuk kesekian kalinya.
Hon dan suara nakal daripada pengguna jalan raya yang lain tidak dipedulikan. Ada yang tertoleh-toleh memandang drama yang dibuat oleh mereka di tepi lebuh raya tersebut.
“Oh no... You, mister handsome! Cepat pergi. Kawan I kena rasuk ni...” Giliran Hayati pula yang menolak-nolak badan Gun supaya menjauhi Maira yang semakin sukar dikawal. Kalau dibiarkan, boleh berlubang kepala lelaki itu menerima habuan tumit kasut Maira. Bukan boleh percaya sangat Maira ni.
Mister handsome?! Arghhhh!!! Tak sesuai. Ni bukan mister handsome. Ni penyangak bermulut naga.” Makin kuat rontaan Maira apabila mendengar ayat Hayati yang menggelarkan Gun sebagai mister handsome. Tak setuju!
“Aku pandai ubatkan...”
Terbeliak mata Hayati dan Sabrina mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Gun. Biar betul Gun ini... Bomoh apa dia ni... Bomoh Siam?
“Ya... trust me...”
Gun melangkah menghampiri Maira yang masih meronta-ronta. Cermin mata hitam dibuka sebelum menyangkutkannya ke leher baju. Senyuman manis diukir berserta pakej kenyitan mata. Tak takut kepala berlubang agaknya.
Maira tergamam. Kaku. Kasut tumit yang dipegang terlepas dari tangan. Senyap... Terkebil-kebil matanya memerhati Sabrina dan Hayati yang sudah ternganga.
Gun memeluknya. Ya! Gun peluk dia... Wangi... selesa... selamat... mendamaikan... Hilang terus rontaannya sebentar tadi. Si ibu singa kini bertukar menjadi si kucing parsi. Hilang segala baran dalam hati akibat ditembak senyuman Gun sebentar tadi. Dipanah pandangan milik Gun. Baru dia perasan, Gun memang memilki mata yang cukup indah. Melayang segala rasa marah dan sakit hati.
Apa yang pasti, terselit perasaan yang sukar digambarkan apabila berada di dalam pelukan lelaki itu. Kenapa dengan Fatah tidak pernah dia merasai perasaan sebegitu? Terasa seperti disimbah air batu. Mendamaikan...
“Gun...”
Erkkk. Suara merdu siapa pula ni? Mengganggu betul la...
“Gun...”
Sekali lagi!
Yes, dear...”
“Apa ni?”
Sekali lagi suara itu menjamah pendengarannya.
Hmmm... feeling better?”
Terkebil-kebil mata Maira memandang anak mata Gun.
Are you okay?” Gun menepuk-nepuk pipi Maira yang masih tergamam.
“Gun...” Suara yang sama masih memanggil Gun. Lunak dan manja.
Nothing, dear. Just tenangkan orang kena rasuk.”
Rasuk? Siapa? Eh... bukan ke tadi dia sedang mengamuk? Ini kenapa pula dia boleh melekat di dada peluru berpandu ini? Apa yang dia buat ni... Haiyakkk!!! Mencemarkan imej betullah.
“Eh, apa peluk-peluk ni? Nak merasa makan lutut ke hah!” Sepantas kilat tubuh Gun ditolak. Melihat tubuh itu yang langsung tidak berganjak, Maira segera berundur ke belakang. Lupa... lelaki tersebut pakai ilmu kebal. Gun hanya mengangkat bahu. Tanda tidak tahu apa-apa.
“Gun...”
Zuppp! Sepantas kilat kepala berpaling ke arah suara yang sedari tadi memanggil Gun. Aiseyyy... gadis cantik tempoh hari. Seksinya... dengan seluar pendek paras paha dan hanya berbaju kemeja sendat. Menyerlahkan paha putih melepak miliknya. Dengan rambut perang yang sedikit berombak yang dilepaskan, benar-benar memukau. Kenapa dia lagi cantik? Turun dari planet cantik ke dia ni? Ini tidak adil!
Sorry, dear. Panas ni... pergi masuk tunggu dalam kereta. Give me five minutes, okay...”
Who is this...” soal gadis tersebut sambil tersenyum manis memandang ke arah Maira.
Errr... My teacher, Maira...”
Oh, I see... Hi sis... nice to meet you...” Terkejut Maira apabila menerima pelukan berserta ciuman di pipi oleh gadis tersebut. Memang spesies manja agaknya dia ini.
Errr, hai...” Maira tersengih sumbing.
I’m Fetty...”
Teragak-agak Maira menyambut huluran tangan Fetty. Hati mula rasa lain macam apabila berdepan dengan Fetty. Siapa Fetty dalam hidup Gun? Mungkin inilah kekasih Gun. Tapi dia terlalu cantik, tidak sesuai dengan Gun. Gun penyangak!
“Hai... I Sabrina. Call me Rin...” Tergedik-gedik Sabrina menghulurkan salam. Menyibuk aje.
“I, Yat... Hayati.” Giliran Hayati pula yang menyelit menghulurkan salam. Ini lagi seorang, menyibuk. Sehingga terdorong ke tepi Maira akibat ditolak oleh Sabrina dan Hayati yang masing-masing sibuk nak melekat di sebelah Fetty.
“Hai... Gun... Wahhh... I’m so happy. They are so friendly. Nampaknya I akan dapat kawan...”
Maira menahan rasa meluat dalam hati apabila melihat liuk tubuh Fetty yang menempel di lengan Gun. Kenapa nak rasa sakit hati ini? Itu kan kekasih dia... suka hati dia la.
Yeah... sure. But be careful... yang seorang tu garang macam ibu ayam mengeram.”
Tercetus ketawa kecil dari bibir mereka semua apabila mendengar kata-kata Gun. Ibu ayam mengeram... siapa?
“Eee, peluru. Suka hati awak cakap saya ibu ayam. Awak tu, penyangak tak berlesen. Peluru berkarat...” Maira menjerit bengang. Mula terasa dialah ibu ayam yang dimaksudkan.
“Laaa... Marah lagi... Let me hug you, dear.”
“Eh, jangan nak dekat-dekat.”
Terkedek-kedek Maira menyelamatkan diri bersembunyi di belakang Sabrina. Melihat Gun yang mendepakan tangan seolah-olah ingin memeluknya sekali lagi. Jelingan tajam dilemparkan, menyembunyikan perasaan malu kerana lupa diri apabila dipeluk oleh Gun sebentar tadi.
“Ek eleh... tadi macam suka sangat...” Sekali lagi Gun tersenyum kecil. Senyum lagi... Kenapa murah sangat senyuman Gun hari ini?
“Bila masa saya suka? Awak ingat saya ni Pooh ke suka-suka hati awak nak peluk-peluk.”
Nope. Pooh does not suit for you... Pooh is chubby. But you... ermmm you're just like Olive, awek Popeye...”
Popeye. Gun kata dia awek Popeye? Olive yang kurus kering itu. Helo... Maira seksi, okey. Mana ada sekurus itu?
Arghhh!!! Idiot.”
What? It’s true right.”
Gun membuat muka selamba. Hati Maira kembali panas. Hangus terbakar terus bunga-bunga sakura sebentar tadi. Cair terus salji yang menyejukkan hati sebenar tadi. Kini hatinya kembali berbahang disambar aura sang naga.
“Gun... Enough. Kesian Sis Maira.”
Fetty menggosok-gosok lembut lengan Gun. Gun hanya mencebik sambil kembali memakai cermin mata hitam miliknya. Maira hanya mencebik menyampah. Nasib baik ada Fetty si cantik. Kalau tidak, jangan pelik apabila melihat kaki cantiknya itu naik ke muka milik Gun.
Hmmm. Okay, dear.” Gun mencuit dagu Fetty sebelum mengalih pandang ke arah Maira.
So... sekarang macam mana? Nak I tolong belikan minyak tak?” soal Gun.
No!” Laju Maira menggeleng. Dah sakitkan hati dia, ada hati nak buat baik pula.
Yes!” Laju juga Sabrina Hayati mengangguk.
No...” Maira menjegilkan mata ke arah Sabrina dan Hayati. Berani mereka menderhaka.
“Ara... Dah lama kita tunggu tengah panas ni, Bulu roma I habis dah hangus...”
“Betul cakap Rin tu. Berapa lama lagi kita perlu tunggu? Ketiak I dah berpeluh ni...” Hayati menghentak-hentakkan kaki. Geram dengan perangai Maira yang masih tidak mahu menerima bantuan Gun.
“I call Fatah...”
Telefon bimbit diambil dan tangan laju mendail nombor telefon Fatah.
You all boleh balik. I call boyfriend I...” Angkuh Maira memandang ke arah Gun. Fetty pula hanya tersenyum manis.
“Isy mana pula dia ni? Pekak ke... tak dengar.”
Maira berdecit geram apabila Fatah langsung tidak menjawab panggilannya. Dua tiga kali dia mencuba, namun masih tidak berjawab. Masa-masa kecemasan inilah pula Fatah tidak dapat dihubungi. Sedang giat tangannya mendail nombor telefon Fatah, sebuah Toyota Altis berhenti di belakang kereta milik Gun. Kelihatan Dini keluar dari perut kereta berkenaan sambil memegang sebuah tong yang berisi minyak.
Bro... Nah pesanan kau. Kacau la... aku baru nak start projek.”
“Hari-hari projek. Tapi tak ada juga hasilnya. Anyway, thanks... But not for me...” Gun memuncungkan mulutnya ke arah Maira.
“Oh, kereta cikgu ke yang habis minyak? Laaa kenapa tak cakap awal-awal... Saya sanggup cancel projek semata-mata nak tolong cikgu saya yang cantik bergaya ni... Untung-untung boleh projek dengan cikgu.” Dini mengukir senyuman nakal.
“Projek?” soal Maira pelik.
“Ya... projek charge batery...” Dini senyum meleret.
“Tapi kereta cikgu habis minyak. Bukan batery kong...”
“Dini, jangan nak jual ubat kat sini. Pergi balik. Tak apa... aku selesaikan,” arah Gun dengan tegas.
“Ala, bro... Potong la kau ni. Okey la... Bye girls...” Dengan langkah yang lambat, Dini mengorak langkah. Tangannya sempat mengelus kepala Fetty. Gun hanya merengus kasar dengan perlakuan Dini.
“Okey. Rin, buka tempat minyak...”
Gun mengambil tong minyak yang dibawa oleh Dini sebentar tadi. Muka cemberut Maira langsung tidak dipedulikan. Maira hanya mampu melihat aksi Gun yang menuang minyak ke dalam tangki keretanya. Mulut yang ingin membantah seakan-akan terkunci apabila melihat muka Gun yang beriak serius. Menggerunkan.
“Okey, siap,” tutur Gun apabila selesai sahaja menuang minyak berkenaan. Langkah kembali diatur mendekati Fetty.
“Dah, pergi balik. Dah macam buat sitkom orang kurang siuman pula kat tepi jalan ni,” arah Gun.
“Awak la yang tak siuman. Menyampah.” Maira buat muka meluat.
“Kau la...”
“Eh, cukup... Gun. Jom balik...” Fetty menyelamatkan keadaan apabila melihat perbalahan kecil kembali tercetus.
“Okey, dear. Jom...” Pinggang Fetty dirangkul.
“Duduk sini pun bukan ada orang pandai berterima kasih...”
“Eh, awak ingat saya nak sangat awak tolong? Kalau saya tahu, dari awal lagi saya mintak tolong Dini. Dapat projek sekali,” luah Maira geram mendengar perlian daripada Gun.
“Projek? Kau ingat projek apa...”
Charge batery la. Awak tak dengar ke Dini cakap tadi? Tak kisah la projek apa pun. Asalkan bukan dengan awak.”
“Projek dengan aku?” soal Gun.
Hmmm... Maybe one day...” sambungnya kembali.
Terkesima Maira mendengar bisikan lembut Gun dekat di telinganya. Terbeliak matanya menerima senyuman kucing miang dari bibir Gun.
Just wait okay, dear...” Gun menaikkan cermin mata hitamnya sebelum mengenyitkan mata ke arah Maira.
Fuhhh... Hampir terlentang Maira ke belakang. Mujur tubuhnya bersandar di belakang kereta. Jika tidak, pasti dia akan terlentang kaki ke atas ditembak peluru berpandu.
Kenapa dia dan Gun langsung tidak boleh bersua muka? Pandangan lelaki itu mampu menyemai rasa damai dalam hatinya. Namun sering juga membunuh rasa ketenangan hatinya.

Arghhh!” jerit Maira bengang kerana sekali lagi dia gagal mengalahkan emosi lelaki tersebut. Sebaliknya dia yang hampir hancur ditembak berkali-kali.


2 ulasan: