Ahad, 21 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 20


KALAU tak memikirkan janjinya dengan Datuk Rizky. Memang dia malas dah nak ikut kemahuan Ahqaf. Malam-malam buta ajak keluar. Mujur lelaki tu bagi alasan keluar untuk bertemu pelanggan. Dia sudah la memang rasa tak berapa nak sihat.
“Kau kenapa? Pening?” Soal Ahqaf apabila melihat Anggerik asyik memicit pelipis.
“Hmm.” Anggerik jawab dalam nada mengumam.
Ahqaf sembunyi senyum. Memang mogok betul nampaknya Cik Asisstant dia ni. Nasib baik dia berjaya pujuk Anggerik keluar. Kalau tidak memang susah juga dia nak laksanakan rancangan dia. Bila dia kata dia nak. Memang dia buat terus. Tak ada nak fikir banyak kali dah.
“Dalam dashboard tu ada panadol. Ambillah.” Arah Ahqaf sambil terus memandu.
“Tak apalah. Sikit saja ni.” Tolak Anggerik. Rasanya ini mesti sebab banyak sangat memikir. Mana nak berdepan dengan Adli lagi. Lepas tu desakan dari Abah dan Ibu lagi. Memang buat dia rasa nak terus ghaib.
Tak tahulah apa yang Adli dah racun fikrian Abah. Sampai begitu sekali Abah berkeras dengan dia. Cakap dia langsung Abah tak nak dengar.
“Ambil la. Nanti kau pengsan. Jangan marah pulak kalau aku dukung kau.”
Anggerik menjeling ke sebelah. Ahqaf kalau bab memaksa memang dialah juara. Dengan kasar dia menarik dashboard. Dalam rasa marah. Akalnya sempat juga berfikir akan kebenaran kata-kata Ahqaf.
“Panadol apa macam ni?” Soal Anggerik pelik. Plastik ubat yang tertera nama Klinik Ngeng itu dibelek.
Kenapa dia rasa panadol ni pelik sangat. Pil dia warna kuning. Tak pernah pula dia tengok panadol warna macam ni.
“Itu ubat sakit kepala. Memang aku selalu makan ubat tu. Cepat berkesan.” Tindak tanduk Anggerik dipandang dengan ekor mata. Memang dia sengaja letak pil tu dalam plastik ubat. Sebagai langkah keselamatan kalau papa tiba-tiba jumpa.
“Ye ke, bos?”
“La.. Betullah. Makan la. Tapi kalau kau tak nak. Aku tak paksa. Aku memang suka kalau dapat dukung kau nanti.” Sengaja Ahqaf buat perangai tak kisah.
Takkan la dia nak nampakkan sangat yang dia memang nak Anggerik makan ubat tu. Kena la buat muka budak baik sikit.
“Air?” Soal Anggerik.
Ahqaf tahan senyum selagi boleh. Sebelah tangan menjangkau ke belakang. Mencapai air mineral yang memang dia dah sediakan awal-awal.
Dan saat melihat Anggerik menelan dua biji pil tersebut. Bibir terus tersenyum. Tak sangka semudah ini kerja dia. Rancangan awalnya tadi lain. Nampaknya memang nasib menyebelahi dia malam ni.
“Client mana yang kita nak jumpa? Kenapa malam-malam hari baru nak jumpa?” Soal Anggerik setelah menutup botol air.
Selalunya tu puas kena paksa baru Ahqaf setuju nak jumpa pelanggan. Tapi hari ini rajin pula lelaki seorang ni. Dia pula yang kena paksa. Dah terbalik pulak.
“Azfar Gemilang.” Pendek Ahqaf jawab.
Naik kerutan di dahi Anggerik.
“Tak pernah dengar pun.”
“Baru lagi ni.” Tipu Ahqaf. Muka dibuat selamba habis. Memang tadi dia main hentam saja. Dah itu je nama yang terlintas di fikirannya ketika itu.
Anggerik diam. Ikutkan memang banyak yang dia nak tanya. Tapi disebabkan kepalanya terasa semakin memberat. Maka niatnya itu dihentikan sahaja. Dah lama tak sakit kepala. Sekali dapat sakit. Memang teruk terus.
“Kau okey tak ni?” Soal Ahqaf setelah hampir 15 minit mendiamkan diri. Keretanya juga sudah elok berhenti di petak parking.
“Okey.”Jawab Anggerik perlahan. Jari naik memicit di antara kedua belah mata.
“Kalau tak okey. Kau duduk saja la dalam kereta. Aku pergi seorang.” Kata Ahqaf berpura-pura risau. Dia tahu yang ubat tadi sudah mula memberi tindak balas ke atas Anggerik.
“Tak apa. Boleh ni. Kita dah sampai ye?” Soal Anggerik sambil menelek ke luar kereta. Namun pandangan matanya seolah kabur. Tangan naik mengetuk-getuk kepala. Tadi pening sikit-sikit je. Ini dah kenapa macam berdengung pula.
“Haah. Sampai dah. Jom la.” Ahqaf terlebih dahulu keluar. Kemudian bergegas dia ke pintu sebelah penumpang. Dilihatnya Anggerik asyik mengelengkan kepala.
Sekejap-sekejap mata itu akan terbuka dan tertutup. Namun masih berdegil untuk terus melangkah keluar.
“Awak...” Tiba-tiba suara merengek Anggerik keluar.
Ahqaf kecilkan mata. Dah berjaya!
“Awak...” Rengek Anggerik lagi sambil tangan cuba memaut tubuhnya. Mata itu sudah berubah kuyu.
“Anggerik. Hey!” Pipi itu dia tepuk-tepuk.
Namun perbuatannya menyebabkan Anggerik berjaya berpaut di lehernya. Tubuh itu mula longlai. Namun mulut masih meracau perkara yang bukan-bukan. Ahqaf ukir senyuman lebar. Dia tahu yang Anggerik sudah mula berada di dalam dunianya sendiri.
Telefon di dalam poket dia bawa keluar dan mendail nombor seseorang.
“Get ready.” Katanya setelah panggilan di jawab. Kemudian dengan sebelah tangan dia menolak kembali Anggerik kembali masuk ke dalam kereta.
“Kau ni memang budak baik la Anggerik.” Katanya setelah dia sendiri pun duduk di tempat duduk pemandu.
Orang kalau tak biasa. Makan sebiji pun dah mamai. Inikan pula dua biji. Memang tak sedar diri terus la. Kereta dipecut laju menuju ke The Avare. Dia kena cepat sampai. Susah dia nak kawal pergerakan Anggerik yang mula bertindak bukan-bukan.
“Uikk! Kenapa teruk sangat ni?” Soal Faez sebaik sahaja Ahqaf masuk ke dalam rumah.
Terkejut dia melihat Anggerik yang meracau dan merengek tidak tentu hala. Rasanya dia juga sudah banyak kali buat perangai tak senonoh seperti itu. Tapi tak adalah seteruk Anggerik.
“Dua biji sekaligus.” Kata Ahqaf sambil terus mencempung tubuh Anggerik masuk ke dalam bilik. Rimas dia nak menepis tangan Anggerik yang merayap merata di tubuhnya.
“Kau ni janganlah tamak sangat. Sebiji pun dah ada kesan kut.” Omel Faez sambil mengikut langkah Ahqaf.
“Dia yang makan sendiri la.” Kata Ahqaf sambil meletakkan Anggerik perlahan-lahan di atas katil. Tudung gadis itu juga sudah hampir-hampir tercabut.
“Panas...” Rengek Anggerik lagi. Tangan itu sudah mula bertindak menarik pakaian di tubuh. Namun cepat juga ditepis Ahqaf.
“Kau share dengan aku kan?” Soal Faez bersama sengihan gatal.
“Eh! Jangan kau nak mimpi.” Kaki Ahqaf naik menyepak punggung Faez yang sudah mula merangkak naik ke atas katil.
“La! Kan ini projek kita bersama.” Jawab Faez bersama ketawanya.
Saja nak menguji. Bukannya dia tak tahu prinsip Ahqaf. Hak milik Ahqaf hanya untuk dirinya seorang sahaja. Tak ada istilah berkongsi.
“Hotak kau! Kalau betul plan ni jadi. Dia akan jadi bini aku tau. Ingat aku nak share dengan kau.” Ahqaf menjegil ke arah Faez.
Pantang nampak perempuan. Mulalah nak mengatal.
“Gurau je, bro.”
“Dah. Kau keluar.” Halau Ahqaf.
Lebih lagi apabila melihat Anggerik yang semakin bertindak jauh. Katil dia yang mulanya kemas tadi juga sudah kucar kacir. Apa tidaknya Anggerik sudah buat kuak lentang dengan perbagai aksi. Mujur saja tak ada aksi Thai Show.
“Kau jangan ganas sangat. Budak baik ni Aqaf.” Habis berkata-kata. Terus Faez angkat kaki keluar bilik. Gila nak tunggu. Ada yang merasa makan kaki nanti.
Ahqaf mengelengkan kepala. Gila punya Faez. Tangan naik bercekak pinggang. Memerhatikan Anggerik yang terliuk lentok di atas katil. Dan saat yang sama Anggerik juga memandang ke arahnya.
“Aqaf...” Panggil Anggerik dengan suara manjanya. Tangan itu juga terkapai-kapai mengamitnya.
Ahqaf ukir senyum. Punggung dilabuhkan ke birai katil. Jarang-jarang tengok aksi Anggerik begini. Rasa macam syok pula. Dari duduk dibirai katil. Dia merangkak mendekati Cik Assistant nya itu. Dan sebaik sahaja didekati. Terus tubuhnya dipaut kemas.
“Bagi pulak aku sentuh kau hari ni ek.” Kata Ahqaf sambil menelek wajah Anggerik yang menempel di bahunya.
Tangan perlahan-lahan membuka tudung Anggerik. Dan saat rambut itu terdedah. Bibir tersenyum senget. Black hair. Perempuan melayu normal! Bukan citarasa dia. Tangan menepis tangan Anggerik yang menjalar ditubuhnya. Duduk dibetulkan dan menghadap ke arah Cik Assistannya.
“Sorry, Anggerik. Aku terpaksa buat semua ni. Kau yang degil sangat.” Katanya sambil menyelak baju yang dipakai Anggerik.
Niat dia malam ni bukannya nak lebih-lebih dengan Anggerik. Dia ada misi dia sendiri. Misi untuk selamatkan diri dia dan juga untuk tendang si Adli siamang.


Selimut di tarik sehingga ke paras leher. Sejuknya cuaca hari ni. Memang nikmat betul tidur. Rasanya subuh lambat lagi ni. Penggera telefon bimbit dia pun tak berbunyi lagi. Mata kembali dipejam. Berniat untuk menyambung tidur. Namun saat telingannya menangkap bunyi dengkuran halus. Matanya terbuka sedikit.
Siapa pula yang tidur dengan dia? Dan ketika hembusan nafas hangat terasa di belakang tengkuknya. Matanya terbuka luas. Tangan meraba objek yang terasa memberat di pinggang. Terasa ada tangan yang berbulu sedang elok melingkar di pinggangnya. Automatik dia bergegas bangun.
“Arghh!!” Jeritnya nyaring. Terkejut apabila melihat ada seorang lelaki yang sedang elok terbaring di sebelahnya. Tidak berpakaian pula tu.
“Bos?!!” Tambah terkejut apabila matanya dapat mengenal pasti siapakah gerangan lelaki tersebut.
“Alahai... Jangan la memekak Anggerik..” Gumam Ahqaf dengan mata yang masih terpejam. Selimut ditarik untuk menutup telinga. Pagi-pagi dah buat testing suara budak Anggerik ni. Kacau dia nak tidur saja.
“Bangun! Apa bos buat dalam bilik saya ni.” Kaki Anggerik naik menendang Ahqaf. Ditolak supaya menjauihi dirinya.
“Anggerik. Aku mengantuk la..” Suara Ahqaf serak basah. Terpaksa juga dia bangun duduk bersila di atas katil. Mata ditenyeh kasar. Rasanya baru saja lagi dia terlelap. Anggerik dah buat hal.
“Apa bos buat dalam bilik saya ni?” Soal Anggerik lagi. Garang.
“Ini bilik aku. Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau.” Dengan bersahaja Ahqaf menjawab. Ingatkan Anggerik lambat lagi nak sedar. Sebab itulah dia boleh nyenyak sangat tidur tadi.
“Bilik bos?” Mata Anggerik memerhatikan ke seluruh bilik.
Ya! Ini bukan bilik dia. Tapi macam mana pula dia boleh ada disini? Bukan ke semalam dia dah balik rumah.
“Ya. Bilik aku.” Ahqaf senyum kecil. Mata menyorot seluruh tubuh Anggerik. Cik Asisstant dia ni masih dalam pengaruh tidak sedar ke? Takkan la setakat dua biji pil boleh buat sampai tahap jadi bengap.
Melihat pandangan mata Ahqaf. Anggerik pantas melihat ke dadanya. Membulat matanya apabila melihat dirinya yang tidak berpakaian.
“Agrhhh!” Sekali lagi dia menjerit sambil kalut menarik selimut dan menutup tubuh. Badan dibawa mengundur ke belakang kepala katil. Duduk mengecilkan diri.
“Sudah-sudah la tu menjeritnya Anggerik. Retak rumah aku ni nanti.” Kata Ahqaf sambil membawa diri turun dari katil. Sebelum Anggerik tendang dia lagi sekali baik dia duduk jauh-jauh.
“Apa bos dah buat pada saya?” Soal Anggerik dengan suara yang mula serak.
“Kau yang goda aku dulu semalam.” Jawab Ahqaf sambil membetulkan pinggang boxer. Tuala di atas penyangkut di capai dan dibalut ke tubuh. Kemudian dia mengambil tempat di atas kerusi kayu yang bertentangan dengan katil.
“Tak!” Nafi Anggerik.
Namun ingatannya mula memproses apa yang telah berlaku semalam. Tak mungkin dia akan buat kerja gila tu semua.
“Bos dah bagi apa pada saya semalam?” Soalnya sudah mula dapat mengagak apa yang terjadi.
Dan sebaik sahaja terdengarkan gelak Ahqaf. Bibirnya diketap kuat. Memang dia dah terkena. Memang dia dah berjaya masuk ke dalam perangkap Ahqaf. Mungkinkah Ahqaf berdendam dengannya. Inikah cara Ahqaf untuk mengajar dirinya.
“Pandai juga kau ni ek.” Ahqaf capai rokok di atas meja. Dinyalakan dan disedut  dalam.
Anggerik mengelengkan kepala. Kedua tangan naik menekup kepala. Tak sangka akan sebegini sekali Ahqaf sanggup lakukan padanya.
“Kenapa bos buat saya macam ni...” Tertahan suara Anggerik. Bibir diketap sekuatnya. Cuba untuk menahan diri dari menghamburkan tangisan. Tak mungkin dia akan tunjukkan kelemahan dirinya.
“Anggerik. Bila aku kata you are mine. Means kau tetap akan jadi milik aku. Kau ingat aku akan mengalah macam itu saja ke? Kau tak cukup kenal aku lagi.” Dalam senyum panjangnya Ahqaf menuturkan ayat. Memang dia cukup puas hati bila segala apa yang dia rancangkan berjaya.
“Bos jahat!!!” Tempik Anggerik. Kepala ditekupkan ke atas lutut. Tangan memaut kaki serapatnya. Kepala digeleng tidak percaya.
Tak mungkin semua ini berlaku pada dia. Tak mungkin dia juga menjadi salah seorang perempuan pakai buang Ahqaf. Kenapa dia boleh percayakan cakap lelaki ini semalam.
“Itulah. Degil sangatkan. Aku kata jangan berhenti. Jangan kahwin dengan siamang tu. Kau nak juga. Kan dah dapat penyakitnya.” Ahqaf bangun dan mendekati Anggerik. Sebelah tangan memegang rokok di bibir. Sebelah lagi bercekak pinggang.
“Saya benci bos!! Benci.”
“Dah. Tak payah nak benci sangat. Aku ni juga yang akan kahwin dengan kau nanti.” Ahqaf berhenti dua langkah dari kedudukkan katil.
Anggerik mengangkat muka. Memandang garang wajah Ahqaf. Bencinya dia rasa. Kalau dia tahu begini akhirnya. Memang dari awal dia dah cacatkan dulu tangan anak Rizky Dhan ni.
“Apa maksud bos?”
“Kahwin dengan aku.”
“Tak nak.”
“Then. Bolehlah aku buat wayang percuma pada keluarga kau di kampung. Kalau kau nak tahu. Aksi kau semalam memang tip tops. Aku percaya mesti mak ayah kau suka.” Ahqaf angkat bahu.  Buat muka tak kisah.
Memang inilah niat dia. Dia hanya mahukan Anggerik kahwin dengan dia. Selamat la dia tak payah kahwin dengan selipar tu. Kalau Anggerik masih berdegil. Dia memang tak akan teragak-agak hantar gambar Anggerik ke kampung gadis itu. Rasanya cara paksa lagi senang orang nak patuh kut.
“Bos...” Lirih suara Anggerik. Sungguh dia tak percaya Ahqaf akan buat ugutan seperti itu. Apa yang berlaku sekarang ini hanyalah kerana mahukan dia berkahwin dengan lelaki itu ke? Sebab tak mahu kalah pada Adli?
Memang Ahqaf dah gila. Dia bukannya budak-budak sampai semudah itu nak kahwin semula dengan Adli. Kalau Ahqaf masuk meminang dia elok-elok pun mungkin dia boleh pertimbangkan. Tapi bukan dengan cara paksaan begini.
            “Dah. Jangan pening-pening. Jadi isteri aku best tau.” Ahqaf mendekati Anggerik. Senyuman panjang dia ukirkan. Rambut yang bersepah dia betulkan.
            Kelam kabut Anggerik bergerak ke belakang. Tidak mahu lelaki itu mendekati dia dalam keadaan dirinya seperti sekarang. Namun tangan Ahqaf lagi cepat bertindak. Menarik tangannya kasar sehingga terdorong semula dia ke depan. Melekat di dada itu.
“Nanti kita balik kampung jumpa bakal mertua aku ye?” Kata Ahqaf sambil berbisik di telinga Anggerik. Dengan tangan yang masih bebas. Kepala itu dipegang kemas. Menghalang Anggerik dari terus meronta.
“Tak nak.”
“Mesti nak.” Tangan naik mengusap kepala yang dihiasi rambut hitam berkilat itu. Peganggannya dilonggarkan. Sebuah ciuman dia hadiahkan di pipi Anggerik kemudian bingkas bangun.
Langkah diatur perlahan ke bilik air. Ketawa mengiringi langkahnya. Senangnya dalam hati. Lepas ni Cik Asisstant dia akan kekal jadi hak milik dia. Boleh blah la kau siamang. Jangan mimpi nak kahwin dengan my Anggerik.

38 ulasan:

  1. Bad ahqaf bad bad bad bad... kecian anngerik.. anggerik lari jauh2 biar ahqaf jadi mereng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila aqaf jadi mereng. Lagi menakutkan sis abby.. Kihkih

      Padam
  2. Waaaaaa.....jahat ahqaf....dun wori anggerik ...ahqaf xbuat ape2.. tenkiu ilah....muahhh...nex bab peliss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confident je aqaf tak buat apa-apa yer kak mona. Hehee.. Next bab in the making. Ku penings lagi ni nak kejar date..

      Padam
  3. Hihihihi...bt ape2 pun xpa....nnt kawin jugak...itu yg aqaf nk sgt...ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aqaf tu kahwin nak buat syarat ja. Janji anggerik jadi hak dia. Benda lain dia tak berminat Kak Mona. Dont worry. nanti ilah buat itu budak bad guy meroyanzz lagi.

      Padam
  4. Arghh..menci pulak rase ngn ahqaf! Kotor tol cara die nk dptkn anggerik..bad sebad2 ny..hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aqaf otak tak pernah suci murni fareha.. Redha aje la...

      Padam
  5. Your are mine. Apa2 boleh janji jadi hak milik. Gila betul bapak siamang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ingat anggerik tu dah cop hak milik dia kut... Ekekeke

      Padam
  6. Aduh Ahqaf ni jahatlah kesian Anggerik..

    BalasPadam
  7. eh agak2 ahqaf ada usik2 ke anggerik? walau mula nampak rambut hitam bukan taste dia tapi ikan meliuk lintuk tu ... hish sorok muka jap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percaya ke budak bad guy tu akan tengok aje? Macam tak boleh percaya je.. Ekekee

      Padam
  8. Memang bad bad bad la ahqaf ni..
    Terima kasih

    BalasPadam
  9. Kalau lah anggerik tu bawa diri....
    Apa ya bakal terjadi?
    Mahu diamuk satu malaysia agaknya

    BalasPadam
  10. oh bad bad bad ahqaf....best miss ilah!!!

    BalasPadam
  11. OhhHH my god Kak Ilah...gila btol Ahqaf ni...Ingat ni zaman purba ker...sengal sehabis sengal..Nasib baik niat memang nak menikah ngan Si Anggerik klu idak..hullll..Kak ilah sruh jelahhh Anggerik tu lari lepas kawin..biaq Ahqaf sasau!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti akk ajk anggerik ikut akk pergi mengua yer aulia..

      Padam
  12. Omg siannyer anggerik... huhu bg cepat2 diorg kawen... he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia. Mmg akk dh get ready dgn tok kadi ni..kihkih

      Padam
  13. Ahqaf mmg suka anggerik....Next entry best la....

    BalasPadam
  14. Kesian ngan Anggerik,....menyampahnya......Ahqaf

    BalasPadam
  15. TQ Miss Ilah...nak next entry heheh

    BalasPadam
  16. Bile nak update? Huhuhu rinduuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejar abam kapten dlu yunks. Nt sis update yer.

      Padam
  17. next entry please!like this novel

    BalasPadam
  18. Bila nak sambung. Dah jatuh cinta kat ahqaf n aggerik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa. In the making sis. Saya akn sambung secepat mungkin..

      Padam