Sabtu, 20 September 2014

Misi Cinta Mr.bad Guy-Bab 17


MELIHAT pintu bilik yang masih tertutup rapat. Anggerik mengeluh kelegaan. Rasanya bos dia belum sampai lagi. Awal lagi ni. Ahqaf paling awal pun pukul 9.30 pagi baru datang. Sepatutnya dia masih bercuti hari ini. Tapi disebabkan membawa hati yang rajuk. Awal sehari dia balik.
Janda macam dia pun boleh kena paksa kahwin. Memang tak patut betul!
Sanggup ke dia nak kecewakan kali kedua hati Abah dengan Ibu? Memang dia tak sampai hati. Tapi bila memikirkan arahan yang disuruh itu sungguhlah tidak masuk di akal. Mulalah dia rasa nak membantah. Lagipun macam mana dia nak cakap pada Mr.bad guy tu yang dia nak berhenti kerja. Agak-agak Ahqaf dah puas ke belum la buli dia.
Memang tepat jangkaannya. Hampir pukul 10 pagi baru batang tubuh Ahqaf muncul di pejabat. Jalan sambil membelek telefon bimbit. Punyalah selekeh. Selamba pakai pakaian santai macam tu ke pejabat. Tshirt longgar tanpa kolar dengan jeans lusuh. Bos dia ingat Fetriz holdings ni pasar malam ke?
Pakaian tu memang la dah selekeh. Tambah pula dengan pakej muka masam mencuka. Teguran orang kiri dan kanan pun dia buat tak dengar saja. Memang tak ada aura memikat jiwa betul anak Rizky Dhan ni. Beza sangat dengan Datuk yang memang boleh dikategorikan Hots Father.
“Nanti hantar surat berhenti tu. Jangan nak buat degil.”
Kata-kata Abah sebelum dia bergerak balik semalam kembali terngiang di telinga. Kepala digaru. Alahh.. Nak kena karang surat berhenti pulak ke. Kalau Abah suruh dia berhenti kerja. Tak apa. Dia ikutkan saja. Hal kena kahwin dengan Adli tu. Nanti dia akan berusaha untuk pujuk Abah.
“Morning, Anggerik.”
“Morning, Kak Mona.” Tersenyum Anggerik melihat Kak Mona yang cantik bergaya dengan jubah labuh.
Memang muslimah habis la setiausaha Datuk Rizky ni. Yela. Kalau tak muslimah. Takkan lulus piawaian Doktor Maira.
“Anggerik. Nanti tolong suruh second bos kita sign ni boleh?” Mona serahkan satu dokumena tebal ke arah Anggerik.
“Bila nak ni kak?”
“Segera ni. Mujur juga Anggerik balik cepat.”
“La. Kenapa akak tak hantar je terus pada bos.”
“Haihh! Tak nak akak. Bos awak tu dua tiga hari ni mood puting beliung. Sudah la pintu bilik dia tu kunci memanjang.” Terang Mona sambil menjeling sekilas ke arah pintu bilik Ahqaf yang tertutup rapat.
Siapa yang berani berdepan dengan anak big bos tu. Memang tak berani. Silap cakap nanti. Merasa makan hati.
“Puting beliung? Apa susah. Akak bagi la dia tsunami.”
“Gila awak nak akak buat macam tu. Masa awak cuti tu. Dia ada halau orang yang satu lif dengan dia keluar. Dia kata, lif tu dia punya. Tak nak kongsi.”
Membulat mata Anggerik. Tak senonoh betul perangai Ahqaf ni. Sejak bila entah lif tu ada tulis nama dia. Datuk Rizky sendiri pun tidak pernah nak membezakan antara pekerja dan bos-bos besar.
“Lepas tu?”
“Mencicit la semua keluar. Gila nak ingkar. Ada yang merasa cium dinding lif nanti.”
Terherot-herot mulut Mona bercerita. Sekali sekala matanya akan menjeling ke belakang. Takut kalau-kalau Ahqaf tiba-tiba muncul. Tak pasal saja kena jerkah nanti. Tak tahulah ilmu kebal apa yang Anggerik ada sampai boleh bertahan dengan bos kepala batu macam tu. Tak pernah nampak nak senyum.
“Hmm. Okey. Tak apalah. Nanti saya bagi.”
“Okey. Nanti Anggerik terus pass kat akak tau bila dah siap sign.”
“Noted.”
Hilang saja Mona dari pandangan. Anggerik bangun bersama dokumen di tangan. Sempat kunci di dalam laci dia ambil. Kut la memang betul Ahqaf kunci pintu. Sampai sahaja di hadapan pintu kayu itu. Dia mengetuk perlahan. Namun dari perlahan semakin lama semakin kuat. Apa tidaknya. Satu pun panggilannya tidak di sahut.
“Hantu betul la dia ni.”  Bebel Anggerik geram. Bertambah geram apabila ternyata pintu bilik itu memang berkunci.
Sebaik sahaja daun pintu ditolak. Anggerik menjengukkan sedikit kepalanya. Ahqaf tiada di meja kerja. Sebaliknya sedang elok berbaring di atas sofa.
“Ewahh... Bahagia betul jadi anak big bos ni kan.” Anggerik melangkah laju ke arah Ahqaf.
Mata lelaki itu terpejam rapat dengan tangan diletakkan ke atas dahi. Kalau dilihat dari segi pakaian. Memang dia yakin yang Ahqaf memang berniat datang ke pejabat untuk tidur. Malam tadi ambil overtime jadi pengawal keselamatan agaknya.
“Bos.” Bahu itu Anggerik cuit sedikit dengan dokumen di tangan.
Namun tindakannya itu hanya sia-sia. Jangankan nak buka mata. Malah bunyi nafas halus masih kendengaran. Lena sangat gayanya.
“Bos!” Kali ini Anggerik memanggil sedikit kuat. Ikutkan hati. Memang dia nak hempuk je anak Rizky Dhan ni.
“Bos! Bangun la.” Panggilnya lagi.
Melihat Ahqaf masih tidak bergerak. Dia berpusing ke belakang. Mencari sesuatu yang boleh membuatkan Ahqaf terlompat bangun.
Ahqaf celikkan sedikit mata apabila terasa tidurnya diganggu. Dari ekor mata dia nampak Anggerik yang sedang mengelilingi meja kerjanya. Bibir terukir senyuman kecil. Cik Asisstant dia dah balik rupanya. Patutlah hari ni kaki dia rajin nak melangkah ke pejabat. Melihat Anggerik kembali melangkah ke arahnya. Cepat dia kembali memejamkan mata rapat.
“Bos! Datuk nak datang sekejap lagi. Bangun.” Terpaksa Anggerik menggunakan nama Datuk Rizky. Ahqaf kan memang alergik dengan nama tu.
Melihat Ahqaf yang masih diam. Dia menhempuk dokumen di tangan ke atas peha Ahqaf. Memang dia tak boleh tahan. Geram sungguh. Orang lain pun tidur juga. Tapi tak adalah telinga pekak sangat.
“Arghh!” Menjerit Anggerik apabila tangannya tiba-tiba ditarik.
Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di atas badan Ahqaf. Landing elok dengan muka melekap di atas dada itu. Pandangannya bersabung dengan si pemilik dada tersebut. Lelaki itu mengerdipkan mata ke arahnya sekali dengan senyuman senget.
“Lepas!” Bersusah payah Anggerik menolak dada itu. Kelam kabut dia cuba melepaskan diri.
“Kan kau cabar aku cium kau baru ni. Let’s me kiss you.” Ahqaf kemaskan pelukan.
Ingat dia boleh lupa ke apa yang Anggerik katakan tempoh hari. Masa tu tak ada depan mata. Memanglah dia tak boleh buat. Sekarang dah ada depan mata. Jangan harap dia nak lepas.
“Gila!” Dengan sepenuh tenaga Anggerik mengigit bahu Ahqaf.
Terjerit Ahqaf dibuatnya. Bingkas dia bangun sebaik sahaja ada peluang. Turun naik dada dia menahan kemarahan. Baju dan tudung dibetulkan. Kalut dia bergerak menjauhi lelaki itu.
“Anggerik. Kau gigit aku! Bahu aku ni bayar zakat tahu tak.” Ahqaf turut bangun. Tshirt di bahagian bahu dia selak sedikit. Memang terdapat kesan gigitan. Spesies ikan pirana apa ke Anggerik ni. Nasib baik tak berlubang bahu dia.
“Habis bos ingat diri saya ni tak bayar zakat ke?!” Tempik Anggerik. Itu baru sikit. Ikutkan hati dia yang tengah panas. Memang dia nak gigit telinga tu bagi putus. Ada telinga pun bukannya nak dengar cakap orang.
“Alah. Sikit-sikit nak marah. Kiss dengan peluk aje pun!” Tidak mahu kalah. Suara Ahqaf juga meninggi. Dia dah la tengah serabut. Tapi Cik Asisstant dia pula tak boleh dibawa bergurau langsung.
“Bagi orang kafir macam bos. Memanglah sikit. Jangan ingat saya ni janda. Bos boleh sesuka hati sentuh saya.” Hilang terus rasa takut Anggerik pada Ahqaf. Kali ini memang dia geram. Ahqaf buat dia macam perempuan tak ada harga diri.
“I’m muslim Anggerik.”
“Muslim hanya atas nama. Tapi perangai hodoh. Buruk laku. Busuk hati. Hampeh tahap infniti. Bodoh berlapis-lapis.”
Terhenti pergerakan tangan Ahqaf yang sedang membelek kesan gigitan. Anggerik kata dia bodoh? Hello. Dia ada master okey!
“Kau la bodoh!”
“Sebodoh-bodoh saya. Saya tahu jaga agama saya.”
“Macamlah kau tu ustazah.”
“Sekurangnya saya tak jahil macam bos!”
Rapat Ahqaf mengetap gigi. Cik Asisstant dia dah berani melawan. Ini mesti sebab Adli. Entah apalah yang Adli tu racun fikiran Anggerik. Balik dari kampung terus jadi Power Rangers.
“Kalau aku jahil pun apa masalah kau? Ada aku mintak duit kau? Ada aku mintak kau yang tanggung dosa aku?” Kalau Anggerik tahu marah. Dia pun tahu juga.
“Yela... Orang dah biasa tidur atas duit. Memang la cakap macam orang tak ada agama. Ikut suka bos la! Saya memang tak layak untuk bagi nasihat orang berpendidikan oversea macam bos.”
“Anggerik!” Laung Ahqaf apabila melihat Anggerik sudah mula melangkah.
Anggerik berpaling. Tangan digengam kuat. Cuba menyabarkan diri. Dia sudahlah memang tengah marah dengan Adli. Kenapalah setiap kali dia ada masalah dengan Adli. Ahqaf mesti masuk jarum. Memang salah masa betul.
“Kutip ni!” Salah satu helaian dokumen yang berterabur di atas lantai Ahqaf kuis dengan hujung kasut. Saja dia mahu Anggerik terus berada di dalam bilik berkenaan.
Urusan belum selesai. Mudah-mudah Anggerik nak angkat kaki.
Anggerik kecilkan mata. Kenapa dia rasa macam dah tak boleh tahan dengan sikap Ahqaf. Kurang ajar. Dan memang dah tak boleh di ajar. Malas melayan. Langkah kembali diatur. Namun saat tangannya memegang tombol pintu. Namanya kembali dilaung.
“Anggerik. Aku bos kau! Aku nak kau kutip.”
Berdesing telinga Anggerik. Oh! Jadi sebab dia bos. Dia boleh suka hati buli aku?
“Saya berhenti kerja.” Tanpa berfikir panjang. Terluah kata-kata itu dari bibirnya. Mungkin ini adalah petanda yang dia memang perlu ikut kata-kata Abah dan Ibunya.
Fetriz Holdings lingkup? Itu bukan masalah dia. Mamat kayu tu memang suka mengugut. Kali ini jangan dia nak dengar tunduk.
“No!” Ahqaf sudah bergerak mendekati Anggerik. Namun gadis itu sudah terlebih dahulu menerobos keluar.
Anggerik pekakkan telinga mendengar panggilan Ahqaf. Kalau dia melayan. Memang akan menambah sakit hati dia saja. Ahqaf bukanlah orang yang boleh dia kawal. Lelaki itu terlalu sukar dikawal. Dia lelah. Penat.
“Aku tak akan terima peletakkan jawatan tu.” Ahqaf sudah bercekak pinggang di hadapan Anggerik. Gadis itu sudah duduk di meja kerjanya. Tangan pula lincah menaip sesuatu di papan keyboard.
“Anggerik. Kau dengar tak?!” Kuat suara Ahqaf.
Pekerja-pekerja lain sudah mula berpandangan sesama sendiri. Namun untuk berbisik sesama sendiri masing-masing tidak berani. Hanya isyarat mata sahaja yang digunakan.
Ahqaf menjenguk skrin komputer. Bertambah sakit hatinya apabila melhat Anggerik yang selamba menaip surat peletakkan jawatan. Tidak menunggu lama. Papan keyboard dia rentap kasar. Terpelanting jatuh ke atas lantai.
Mencerlung dia memandang ke arah pekerja-pekerja lain apabila terdengar jeritan kecil dari pekerja wanita. Namun sebaik sahaja pandangannya terhala. Masing-masing kembali sibuk menekur meja. Hipokrit!
“Boa ni dah gila ke?!” Anggerik bangun berdiri. Menghadap manusia paling degil yang pernah dia jumpa. Ini bapak siamang!
“Kau berhenti kerja. Aku akan pastikan yang tak ada mana-mana tempat akan terima kau lagi.”
Tengok! Masa macam ini pun sempat lagi nak mengugut. Cubalah ringankan mulut tu minta maaf.
“Bos ingat saya tak boleh hidup ke? Suami saya akan tanggung hidup saya. Bagus juga. Boleh saya goyang kaki dekat rumah.” Anggerik buat muka selamba. Senyuman sinis dia hadiahkan.
“Kahwin?”
“Yes. Kahwin. Saya akan kahwin dengan Adli.”
Jatuh tangan Ahqaf dari pinggang. Wajah Anggerik yang membuang pandang ke arah lain itu menjadi santapan matanya. Dipandang lama. Anggerik bukan jenis menipu. Dan dia percaya yang kata-kata gadis itu benar.
“Apa yang siamang tu dah bagi kau? Dia dah berjaya buat kau mengandung ke?”
“Bukan urusan bos.”
Perlahan. Namun cukup membuatkan hati Ahqaf seperti disimbah air panas. Tangan Anggerik ditarik kasar. Cuba membawa langkah gadis itu supaya mengikutinya.
“Apa ni! Lepaslah.” Anggerik memegang bucu meja. Kuat. Sedaya upaya dia cuba mengeraskan diri.
“Ikut aku! Kau ingat Adli tu hebat sangat ke. Aku lagi bagus dari dialah.”
“Tak nak!” Anggerik terus meronta. Pandangannya dilemparkan ke arah kawan-kawan yang lain. Namun semuanya hanya berani memandang. Tiada siapa yang berani bangun dari duduk atau cuba menegur perbuatan Ahqaf.
Melihat kedegilan Anggerik. Ahqaf bertindak dengan menarik pinggang gadis itu. Cuba untuk dicempungnya. Namun pukulan demi pukulan yang singah di dadanya menyukarkan keadaan.
“Aku nak tunjuk pada kau. Aku pun boleh buat kau mengandung la. Bukan siamang tu je!”
Apa kurangnya dia jika hendak dibandingkan dengan Adli? Duit dia lagi banyak. Rupa dia lagi kacak. Cuma ilmu agamanya saja yang kurang. Alahh! Itu Adli pun sama. Kalau orang ada agama takkan berani pegang tangan Anggerik macam tempoh hari.
“Lepaslah gila.” Niat Anggerik ingin menolak dada Ahqaf. Namun tangannya tersasar mengenai pipi lelaki itu.
Makin tercabar diri Ahqaf apabila tangan Anggerik naik ke mukanya. Gigi saling berlaga. Ini pertama kali ada perempuan yang berani naik tangan pada dia. Pipi Anggerik ditekup kasar dengan kedua tangganya. Saat itu hanya bibir Anggerik yang ingin ditujunya. Biar reti senyap!
“Umar Ahqaf!!”
Termati niat Ahqaf apabila namanya dilaung kuat. Wajah Rizky Dhan yang sedang berdiri tegak tidak jauh darinya dipandang. Kemudian pandangannya kembali singgah ke wajah Anggerik. Mata itu sudah mula bergenang dengan air mata.
Automatik tangan yang pada awalnya mencengkam kuat pipi itu berubah longgar. Mata itu direnungnya.
“Anggerik...” Suaranya perlahan. Perasaannya berubah menjadi sesuatu yang lain apabila merenung mata itu. Mata yang sedang sarat dengan air mata.
Sungguh bukan niat dia mahu berkasar. Tapi tadi memang dia hilang kawalan. Dari dulu memang dia cukup pantang kalau ada mana-mana perempuan yang berani naik tangan pada dia. Dia cukup benci dengan sesiapa yang berani tinggi suara pada dia.
“Papa tak pernah ajar anak papa berkasar dengan perempuan.” Suara Rizky Dhan dekat di belakangnya.
Serentak dengan itu Ahqaf merasakan tangannya ditarik lembut. Ditarik menjauhi pipi Anggerik. Dan untuk pertama kalinya dia tidak membantah.
“Ikut papa. Anggerik. Masuk bilik saya.”

Dan saat Anggerik melangkah pergi bersama Rizky Dhan. Ahqaf hanya mampu memandang kosong. Namun kaki masih statik tidak bergerak. Tangan digenggam rapat. Bibir digigit kuat. Hati diamuk dengan bermacam perasaan.

18 ulasan:

  1. Waaaaaa.....anggerik kena kawin parks and ngn ahqaf.....sukala ahqaf..tenkiu ilah. Xsabar Bab 18.... haha

    BalasPadam
  2. Dato@papa do something pls.pinang Anggerik utk Ahqaf..tp bg syarat yg baik punya. .maybe guna kuasa veto ur Mummy. Aunty khalijah tensyen klau ada ank mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dont worry aunty. Dato ada kuasa veto utk bt si anak diam...heheee

      Padam
  3. PERHH..bapak segala siamang ahqaf nie..stress ngn die.huhu..sian anggerik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siamang klu dh tua mmg inilah jadinya fareha..kihkihh

      Padam
  4. hbislah ahqaf...ayo tak tahu...anggerik nk bhnti keje~~~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita kasi itu budak degil gelabah sket...ngeh. ngeh.

      Padam
  5. Yeayyyy cepat2 lah.. x sabar nk baca... ni yg buat x sabar2 nk cari novel pencuri hati vs penembak cinta ni... huwarghhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heeehe mlm ni kita dating lg yer. Haa sila! Wajib tu beli. Ekeke

      Padam
  6. Alarhhhhh .... Anggerik Mmg kahwin dgn adli ke ??? Pleaseeee no

    BalasPadam
  7. Kalau Rizky Dhan dah keluarkan kuasa veto x ada siapa boleh bantah....kahwin.

    BalasPadam
  8. Alah jgnlah anggerik dgn adli..biarlah dgn bpk siamang tu..kekeke
    Terima kasih :-D

    BalasPadam