Selasa, 16 September 2014

Abang Sayang Adik Manis - Bab 07

SERBA salah rasanya aku nak ikut melangkah dari belakang Meor. Aku nak pergi kursus kahwin je kut. Yang dia bersungguh nak hantar aku sampai ke dalam dewan ni kenapa? Macamlah aku tak reti cari tempat duduk sendiri.
“Awak.. Awak pergilah balik. Saya tak apa. Saya boleh masuk sendiri..”
Meor berhenti melangkah bila dengar suara aku. Tangan macam biasa, sentiasa ada dalam poket seluar. Aku perasan memang itu kebiasaan Meor. Kalau berjalan mesti kedua tangan ada dalam poket seluar. Entah apa yang ada dalam poket itu pun aku tak tahu la.
“Kenapa? Bukannya lama mana pun. Tak apalah, jom saya hantar.”
“Tak payah la.. Malu la saya orang tengok. Dah macam ayah hantar anak masuk sekolah tadika pula. Lainlah kalau awak kursus kahwin sekali.” Tolak aku lembut. Tak tahu la kenapa aku kalau boleh nak sangat jaga hati Meor. Tak nak dia salah faham.
“Saya dah kursus la..kalau saya tak busy, mungkin saya akan join lagi sekali teman awak. Tapi hari ini saya ada temujanji dengan orang catering. Jadi, biar saya hantar sampai dalam je ye.. Buat apa nak malu, kita dah nak kahwin pun.”
Nak tak nak, akhirnya aku kalah juga dengan ayat Meor. Dia ni memang ada kuasa lembutkan hati orang kut. Apa dia cakap mesti akan setuju punya. Sampai je dalam dewan,orang dah ramai. Aku perasan semua orang tengok aku dengan Meor. Mungkin sebab Meor hansdome kut, sedangkan aku macam pau basi. Tak sepadan. Bila Meor tolong tarikan kerusi untuk aku, aku dengar macam ada yang bisik-bisik. Mengumpat la tu!
“Lunch hour nanti saya ambik. Apa-apa text ye. Saya ada area sini je..”
“Okey..”
“Assalamualaikum..”
Baru nak jawab salam terus terbantut bila rasa tangan Meor sentuh ubun-ubun aku. Tak berkelip aku pandang Meor sampailah dia hilang di sebalik pintu. Sekarang ni, aku dah tak kisah dengan suara-suara nakal orang dalam dewan tu. Sebab aku tahu dorang semua dengki, aku ada bakal suami yang penyayang gila! Kenapa la Meor selalu buat hati aku berdegup pelik..
“Waalaikumussalam..”
Jawab aku dalam hati sambil pegang dada sendiri. Berdebar sakan!
Seperti yang dijanjikan tepat pukul satu tengahari Meor dah ada tunggu aku depan pintu dewan. Pihak Jabatan Agama Islam memang ada sediakan makan tengahari untuk semua peserta kursus. Tapi dah Meor nak ajak aku makan kat luar, apa lagi boleh aku cakap. Ikut aje la..dia dah kira baik hati nak hantar dan ambik aku pun dah bersyukur sangat.
“Nak makan kat mana ni?” Soal aku sebaik sahaja tutup pintu kereta. Tali pinggang pun tak sempat pakai lagi. Lapar sangat ni.
“Kita pergi solat dulu ye. Lepas ni kita pergi makan..”
Erkk! Soalan aku Meor tak jawab. Tapi bagi arahan lain pulak. Malunya aku! Itulah asyik fikir nak kenyangkan perut je tahu. Cuba la kenyangkan diri tu dengan pahala dulu. Kan dah malu depan bakal suami sendiri.
“Okey..boleh..”
“Lapar sangat ke?”
“Eh tak.. Kita solat dulu.”
Aku tersengih segan. Aku nampak Meor senyum. Tak tahu la senyum sebab apa. Mungkin sebab dia rasa kelakar kut dapat bakal isteri kuat makan macam aku ni. Lepas solat, Meor bawa aku pergi makan dekat restoran nasi ayam. Nasib baik, aku ingatkan tadi dia nak bawa aku makan dekat mana-mana restoran mewah mahupun hotel. Memang boleh tercekik la aku. Aku bukan reti sangat nak makan formal-formal ni.
“Saya tahu awak lapar. Makan la..”
Memang lapar pun. Bukannya tak nak makan. Cuma ada benda yang aku rasa tak selesa..
“Saya makan pakai tangan boleh?” Pinta aku.
Ingatkan Meor nak kata tak boleh tadi. Tapi tak sangka dia dia angguk sambil senyum. Nampak ikhlas. Aku pun terus la bangun pergi singki. Dan aku bertambah terkejut bila Meor ikut sama bangun basuh tangan.
“Err awak..” Tegur aku serba salah.
“Kenapa? Saya pun ada tangan juga. Takkan awak je nak makan pakai tangan..”
Macam tahu-tahu je apa yang aku nak tanya dia. Haihh sejuk hati aku ni tengok Meor. Kalau dilihat dari segi rupa dan jenis kereta. Memang tak sangka la Meor ni ada sikap merendah diri macam ni. Aku tengok pakaian je pun dah tahu, tak ada berjenama sangat. Simple tapi smart!
“Awak memang biasa pakai tangan ke?”
“Tak juga. Kalau makan nasi ayam, ini first time.”
Nak tersedak aku dengan jawapan jujur Meor. Cepat je mata aku pandang sekeliling, semua orang makan pakai sudu dengan garpu. Tapi aku dengan Meor,dah selamat suap nasi dalam mulut pakai tangan. Memang ada yang pandang pelik, tapi sebab aku tengok Meor selamba je. Jadi aku pun buat-buat selamba la juga.
“Maaf. Saya memang tak biasa makan pakai sudu ni.. Rasa macam makan besi. Lebih-lebih lagi kalau makan nasi, mesti nak kena pakai tangan jugak. Baru rasa kenyang..”
“Habis tu kalau makan mee, bihun? Awak sedut ke?”
“Tak la! Takkan nak sedut pula, awak ingat saya ni puak karnibal ke gelojoh sangat macam tu. Kan saya dah cakap tadi, kalau makan nasi je saya mesti nak makan pakai tangan jugak.”
Hiss! Tak faham apa ke Meor ni. Saja la tu nak membantutkan selera aku.
“Nasib baik..”
“Apa yang nasib baik?”
“Nasib baik la. Itu namanya bakal isteri saya ni normal lagi.”
“Normal la!”
Memang rasa geram. Tapi bila tengok Meor gelak. Terus tak jadi niat darah aku ni nak mengelegak. Dia gelak sedap sangat. Sampaikan nasi ayam ni pun jadi tawar rasanya.
“Ye tahu..awak main-main je. Dah, makan cepat nasi tu. Lepas ni dah nak masuk kelas semula.”
“Hmm..”
Aku teruskan suapan. Sesekali mata aku ni gatal je nak pandang muka Meor. Suka tengok tangan runcing Meor tu suap nasi masuk dalam mulut. Kenapa entah aku rasa nasi ayam dia tu macam sedap je. Padahal sama je dengan yang aku punya.
“Balik lewat sikit hari ni boleh?”
“Huh? Pergi mana?” Soal aku gugup. Nasib baik tak kantoi tengah membelek tangan anak teruna orang.
“Beli cincin la sayang.. Majlis tinggal lagi berapa hari je. Pakai baju meletops macam mana sekali pun, tak guna kalau cincinnya tak ada. Nanti saya nak sarung apa? Tali pancing?”
Aku sengih tayang gigi. Betul juga tu,macam mana la benda penting macam tu pun aku boleh lupa. Nasib baik Meor ingat, kalau nak harap aku. Memang tali pancing la jawabnya aku ikat kat jari nanti.
“Oh okey.. Nasib baik awak ingat.”
“Yela.. Saya je yang excited nak kahwin dengan awak..”
Eh! Kenapa lain macam je bunyinya.. Baru tadi panggil aku sayang. Ini nada dah berubah rentak pula..
“Excited? Mestilah saya excited. Kahwin kan,siapa yang tak suka..”
“Ada je yang tak suka..”
“Siapa?”
“Kalau kahwin dengan orang yang kita tak sayang, takkan la suka pulak..”
“Habis tu awak suka?”
“Suka!”
Suka? Maknanya Meor sayang aku ke.. Aku pulak? Betul ke aku tak suka dengan perkahwinan ni. Otak aku memang fikir nak lari je, tapi hati aku pulak. macam merelakan. Mungkin sebab Zakuan kut. Ataupun mungkin sebab aku rasa Meor ni baik sangat.. Sedangkan aku separa ikhlas.
“Kalau macam tu saya lagi la suka..”
“Maknanya awak sayang saya la?”
“Huh?!”
Baru aku fikir macam tu tadi pada Meor. Ini dia dah tanya aku pulak.. Ini namanya soalan perangkap..
“Mestilah saya suka.. Dapat kahwin dengan lelaki handsome, ada rupa dan gaya macam awak. Baik hati pulak tu.. Kira beruntung la saya ni tau. Takkan nak menolak tuah pulak..”
Ha Ha Ha! Pandai aku melencong.
“Yela tu..”
“Betul la Meor. Kalau nak bandingkan awak dengan saya, jauh sangat. Kalau jalan sebelah awak, orang akan nampak awak je. Muka saya ni tenggelam terus..kelabu asap je. Itu yang saya pelik sangat bila awak nak kahwin dengan saya.”
Aku buat muka simpati. Tapi memang betul pun. Walaupun perkahwinan ni bukannya lahir dari hati aku ,tapi sekurangnya aku bersyukur sangat sebab dapat lelaki macam Meor. Rasa macam mimpi pun ada..
“Mana ada tenggelam. Awak comel apa..”
“Comel macam panda kan?”
“Tak la. Tak percaya pulak dia. Sekejap eh..”
Tak sempat aku nak hadam pun apa yang dia cakap bile tiba-tiba aku nampak dia halang laluan seorang lelaki yang kebetulan lalu dekat meja kami.
“Encik. Bakal isteri saya ni comel kan?”  Soal dia dengan muka tak tahu malu.
 Lelaki tu pula nampak terkejut. Pandang aku dan Meor silih berganti. Tapi lepas tu lambat-lambat dia angguk. Tak tahu la tu ikhlas ke tidak. Terpaksa kut, takut nanti Meor tak bagi dia masuk dalam kedai.
“Ha kan! Awak comel.. Tak percaya. Tengok orang tu tadi pun cakap awak comel..”
Aku tepuk dahi sendiri. Aku rasa muka Meor ni tebal sebab pakai simen kut. Sebab tu dia tak tahu malu. Lagi bagus la kalau dia diam dari banyak cakap. Lelah aku nak melayannya. Dalam pasif tu rupanya ada juga perangai sengal Meor ni!
“Ye. Ye.. Awak betul.”
Baik aku bagi je dia menang. Nanti kang dia buat pengumuman depan kedai ni lagi buat naya. Orang macam Meor ni bukannya boleh di agak.
“Awak tak ada girlfriend ke?”
“Girlfriend? Means?”
“Kekasih hati..”
“Nope.”
“Tipu la tu..”
“Betul la!”
Kecik besar je mata aku tengok Meor. Meor buat muka suci. Boleh percaya ke dia ni?
“Bekas kekasih?”
“Tak ada juga..” Jawab Meor sambil main penyedut minuman dalam gelas.
“Takkan la tak pernah ada langsung..”
“Tak ada la awak. Awak yang pertama dan terkahir. Muktamad!”
Lama aku pandang mata Meor sebelum aku tundukkan muka. Macam terharu pula bila dia cakap macam tu. Jadi maknanya aku ni istimewa la..
“Kenapa tak cari..”
“Ni dah jumpa. Dah nak kahwin dah pun..”
“Maksud saya sebelum ni.. Kenapa tak cari..”
“Dah cari, dan awak la perempuan tu. Awak dah ada, buat apa nak cari-cari lagi..”
Pening kepala aku dengar jawapan Meor. Dia ni tengah mengigau ke ataupun mabuk sebab banyak sangat makan Ajinamoto dalam sup tu tadi. Aku tanya lain, maksudkan lain. Tapi dia faham lain dan bagi jawapan yang lain.
“Ini lagi satu saya pelik. Kenapa awak nak kahwin dengan saya ek? Awak bukan kenal saya pun..” Okey! Ini soalan penting. Dah berbelas kali aku tanya. Dan kali ini aku harap dia akan bagi jawapan yang memuaskan hati.
“Tak pelik pun..”
“Meor! Jawab la betul-betul..”
“Betul la ni. Ada awak nampak saya main gasing ke?”
“Ye tahu. Tapi saya nak awak jawab soalan saya tu tadi.”
“Soalan mana?”
Hiss dia ni! Ada juga yang kena gigit telinga dengan aku ni nanti.
“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”
“Oh itu..”
Meor terdiam sekejap. Garu hujung kening lepas tu tenung air dalam cawan yang dah tinggal air batu je. Lama betul fikir, macam susah je nak jawab. Ke sebab fikir ayat nak menipu..
“Sebab awak adalah hawa yang Allah utuskan untuk saya la..”
Bagus! Pandai Meor bagi jawapan selamat. Pelik betul! Kenapa dia nak kahwin dengan aku ni? Rasanya masuk ni dah banyak kali sangat aku tanya soalan ni pada diri aku. Tapi tetap tak ada jawapan. Tanya Meor, lagi la tak dapat jawapan.
“Tapi awak tak kenal saya pun. Tak sampai dua minggu pun. Kalau saya ni jahat macam mana?”
“Kalau awak jahat, maknanya saya pun jahat la..”
Pulak!
“Hah?”
“Yela..kan Allah tu dah berjanji. Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jadi saya percaya, kalau saya berusaha untuk jadi yang terbaik. Pasti Allah itu akan kurniakan seorang isteri yang terbaik untuk saya..”
Hmm okey. Meor betul. Tapi aku tetap rasa pelik. Aku pandang diri aku atas bawah. Kemudian pandang pula Meor. Saja la, mencari di mana kelebihan diri aku ni kalau nak dibandingkan dengan Meor. Tapi satu pun aku tak jumpa. Segala-galanya Meor yang lebih.
“Saya tak cakap saya terbaik. Tapi insyallah, dengan bimbingan seorang suami yang baik..pasti saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia..”
Cewahh! Gaya aku cakap macam la aku nak kahwin selama-lamanya dengan Meor. Hmm kalaulah Meor tahu apa sebenarnya niat aku. Mesti dia kecewa kan. Kesian Meor, dia baik..sepatutnya boleh dapat yang lebih baik dari aku..
“Berapa banyak yang terbaik la awak ni..”
Meor gelak. Aku pun. Rasa macam melebih pulak aku ni.
“Awak yang start dulu..”
“Dah awak tu yang macam tak percaya dekat saya. Jangan la risau. Sekali saya dah sayang, sampai mati saya akan sayang. Sekali saya dah buat keputusan, sampai bila-bila pun keputusan tu tak akan berubah.. Saya nak kahwin dengan awak..ikhlas..”
Aku angguk. Faham.. Bukannya tak percaya. Cuma rasa takut je. Ataupun sebenarnya Meor ni gay. Sebab tu dia tak ada kekasih. Kahwin dengan aku semata-mata nak tutup nafsu songsang dia tu kut. Aku pulak senang sangat nak kahwin dengan orang tak kenal. Kalau betul,padan la muka aku. Adil..aku pun berniat tak elok. Sama macam dia.. Eh..tapi tadi Meor cakap dia ikhlas.. Hiss! Yakin dengan Meor, Qaseh. Meor tak akan menipu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan