Bab 03
GELAS yang masih berbaki air separuh diletakkan ke atas meja. Mata memandang muka teruja Sabrina dan Hayati yang sedang membelek fail di tangan. Fail peribadi Gun yang diambil oleh Maira dari kabinet fail. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak telah membuatkannya sanggup berpeluh-peluh mencari fail yang menimbun itu. Hilang sudah persona ratunya. Kalaulah Alimuddin tahu, pasti jatuh tergolek biji mata ayahnya itu tengok anak dara dia sanggup bersusah payah macam tu.
Ruang kopitiam itu kelihatan lengang. Mungkin kerana waktu makan tengah hari baru sahaja berganjak. Masing-masing sudah bergegas masuk ke tempat kerja. Hanya dia dan kawan baiknya saja lagi yang masih setia menghuni meja yang terdapat di sudut luar. Mata kemudian memerhatikan ke arah jalan raya di hadapannya. “Ah! Handsome so hot... I rasa macam dah jatuh hati.” Tergedik-gedik Hayati menggoyangkan badannya. Mata yang memakai bulu mata palsu itu bersinar indah.
“Ya, Ara... He is mister handsome...”
Sabrina turut menyokong sambil tersenyum miang. Mengetap bibir yang tercalit lipstik merah menyala itu.
“Owh, please girl... Jangan malukan diri sendiri. Lelaki muka macam tu tak layak dipanggil mister handsome. Are you blind?”
“Ara, dia memang layak. Muka mix... Badan tegap... tinggi... mata dia... Owh, my... so handsome...”
Gaya gedik zaman 80-an yang sungguh meloyakan. Maira buat muka menyampah.
“Rin... Dia tak layak, okey. Tu pak cik bawa teksi tu lagi layak... Jangan nak buat I muntah hijau kat sini nak puji-puji dia...” Maira merengus geram. Gun, mister handsome? Oh... tersangatlah tidak sesuai. Muktamad.
“Euwww... pak cik tu? Perumpamaan yang sangat lari tema...”
“Keith Rajh Dhan... Nama yang sangat hot. Ini baru gambar. Kalau jumpa dia face to face. Mahu I goda dia habis-habisan.”
“The real muka dia macam ketua penyangak. Jangan nak berharap sangat. Ketua penyangak yang
bermulut puaka,” tekan Maira.
“Ketua penyangak selalunya hot stuff. I like...” Meleret senyuman Hayati.
“Muka dia unik tau. Indian mix with German...”
“I mati-mati ingat dia Melayu tulen... Patutlah orang panggil dia Gun. Memang sesuai dengan mulut dia yang macam peluru berpandu tu...”
“Gun... Arghhhh so hot!” jerit Hayati dan Sabrina serentak. Terserlah gaya kegatalan pada wajah dan gerak tubuh mereka.
“Girls... Behave, okay. Kita kat tempat awam. Jangan nak jatuhkan air muka kita yang cantik kebaboom ni...”
“Opsss... Terlebih sudah...”
Hayati menutup mulut. Duduk kembali ditegakkan. Persis model-model terkenal. Imej kena jaga.
“Okay, back to the earlier topic. You cakap... dia susah dikawal. Susah dikawal macam mana maksud you?”
“Ya. Terlalu kuat melawan. Dingin. Ayat boleh buat terbakar jiwa. I rasa macam nak lempang aje muka dia laju-laju tahu tak? Tak pun kepit dia bawah ketiak I ni. Menyampah! Menyakitkan hati!”
“No... no... no...”
Sabrina dan Hayati menggoyang-goyangkan jari telunjuk.
“Bukan itu cara perempuan cantik... You kan pencuri hati. Kenapa tak curi hati Gun ni... Atau you takut you yang hancur ditembak si peluru berpandu...”
“He's just a kid, okay. No way.”
“No. He's older than you...”
Fail yang dihulurkan Sabrina kepadanya diambil. Fail dibuka apabila apabila melihat isyarat mata Sabrina yang menyuruhnya melihat isi di dalam fail tersebut. Faham dengan maksud Sabrina sebentar tadi, fail berwarna biru terang itu dibuka pantas.
“16 Ogos 1991...”
Matanya pantas menghala ke arah Sabrina dan Hayati yang tersenyum simpul sambil menaik-naikkan
kening.
“OMG!!! He is 23 years old...”
Kuat suaranya memecah keheningan ruang kopitiam itu.
“Behave Ara...”
Pantas mulut ditutup sebaik saja menerima teguran daripada Sabrina dan Hayati. Habis persona
ratunya gara-gara lelaki bernama Keith Rajh Dhan. Gun... si peluru berpandu yang benar-benar telah menggegarkan hidupnya.
“Macam mana I langsung tak perasan benda penting ni? So, dia bukanlah budak-budak. But... kenapa dia still bersekolah di tingkatan enam?”
Pelik... memang pelik...
“Come on, Ara. You pun tahu kan, sekolah ayah you tu private. So no wonder la kalau ada studen yang berumur pun. Janji ada duit dan niat nak belajar. Ayah you juga yang untung, cepat sikit kaya,” terang Sabrina sambil tersenyum lebar apabila ternampak seorang lelaki yang agak kacak melalui meja mereka.
“So selama ini I panggil dia budak tu, I silap la.Patutlah pun dia syok sangat melawan cakap I. Studen tua yang tak sedar diri rupa-rupanya...” Maira ketap gigi.
Terbayang wajah Gun yang tersenyum sinis kepadanya.
“Not too old, Ara... Yang penting dia mister handsome. Mana la tahu nanti-nanti melekat dalam hati jadi mister handsome you. Why not you try aje dia? Mana tau heaven ke...”
“Oh, tak mungkin... My mister handsome is Fatah. The only one... Tiada siapa yang lebih layak...”
Gun dan Fatah. Beribu perbezaan... Dan semuanya lebih ke arah Fatah yang telah melekat dalam jiwanya sebagai mister handsome. Gun? Mister handsome? Tak. Gun, mister annoying.
“Confident nampak... Jangan sampai hancur ditembak peluru berpandu...”
“So sweet...” Hayati meletakkan kedua-dua belah tangan ke bawah dagu. Mata dikerdip-kerdipkan. Gaya miang yang terunggul.
“I memang yakin. Sebab I tahu hati I. Tak mungkin penyangak tu akan masuk list mister handsome I...” jawab Maira bangga. Hati dia, dia tahulah. Pandai-pandai aje minah dua orang ni.
“Yola tuh...” jawab Sabrina dan Hayati serentak.
Maira mengetap bibir menahan geram. Namun tangan melurut-lurut rambut yang separas bahu.
“Lupakan pasal mister handsome you all tu. Apa yang I nak cakap ni lagi penting.”
“Really? What? Okay, let me guess. Fatah hadiahkan you sports car yang you idam-idamkan tu ke?”
“OMG! Is it true? So sweet... Ah, bila la I boleh dapat abang handsome yang boleh bagi hadiah gempakgempak macam tu. Tak dapat sports car pun tak apalah, janji ada hadiah seindah Taj Mahal.”
Maira menyengekkan bibir. Sangat drama! Aksi gedik terlampau.
“Eh, apa yang you all berdua gedikkan sangat ni? Kalau betul dia hadiahkan I sport car tu, I tak kan ada kat sini melayan you all berdua tau. I dah pergi jumpa Fatah dan peluk dia ketat-ketat...”
Sabrina dan Hayati buat muka bo layan.
Kemudian meledak ketawa mereka kuat. Buat beberapa saat, hilang terus persona mereka.
“So apa yang penting sangat tu?” soal Hayati teruja.
“Hujung minggu ini datang rumah I. My dad ada buat makan-makan sikit sebelum I pergi Moscow.”
“Laaa... Itu pun penting ke? Setakat rumah you tu, setiap minggu pun memang we all pergi kan? Kecoh la kau, minah.”
“What did you just called me, Rin? Minah... Euwww...Tersangatlah tidak sesuai...”
Ketawa. Dan terus ketawa...
“Haruslah we all pergi... kot-kot ada cousin you yang hot stuff tu... Daniel.” Hayati menaik-naikkan kening sambil tersenyum miang memandang Sabrina.
“Pergi sebab nak meraikan I, okey. Bukannya nak meraikan cousin I...”
“Kalau you, bukan boleh segarkan mata I pun. I perlukan mister handsome yang mampu bagi I menaikkan seri wajah... Terutama Mister Gun tu, ah dilamun asmara.”
“Agree...” sokong Sabrina.
Maira meneguk air yang masih berbaki. Panas!
Sabrina dan Hayati tak habis-habis memuji Gun. Mereka tidak kena lagi dengan Gun bermata naga itu. Sekali kena baru la menggelupur lari... takut terbakar kena sembur.
TERSENYUM lebar bibir Maira apabila bayangan orang yang dinanti keluar dari pintu mahkamah.
Segak berkot hitam dan berseluar slack warna senada. Fatah yang sedang bersalam dan bercakap dengan beberapa orang lelaki menarik perhatiannya. Sangat berkarisma. Sesekali, mata lelaki itu akan memandang ke arah keretanya. Makin lebar senyumannya melihat jelingan mata lelaki itu.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Fatah melangkah dengan penuh bergaya menuju ke arah keretanya. Sambil melangkah sambil mengukir senyuman manis. Tangan lincah membuka butang kot yang tersarung di tubuh. Pintu kereta dibuka dan kaki segera melangkah keluar apabila batang tubuh itu semakin hampir.
“Hai darling...”
“Hai dear...” jawab Fatah seraya menghadiahkan kucupan ke pipinya.
Maira tersipu-sipu. Tingkah laku Fatah sentiasa menggetarkan hatinya.
“Macam mana kes hari ini... Okey?”
“So far so good. Tapi perbicaraan akan ditunda ke minggu depan. Thanks jemput I. I datang dengan Eve tadi. Tapi last minute dia ada hal... dia bagi tahu tak dapat hantar I balik. Tu yang terpaksa suruh you jemput.”
“Tak apa... I pun memang niat nak jumpa you...”
“Biar I drive.”
Maira hanya mengangguk seraya menyerahkan kunci kereta. Badan diloloskan memasuki perut kereta.
“You kata tadi nak jumpa I. Kenapa?” soal Fatah setelah enjin kereta dihidupkan.
Kot dibuka dan dilempar ke tempat duduk belakang. Beberapa butang kemeja di bahagian atas dibuka
sehingga menampakkan sedikit bahagian dada bidangnya. Badan dipusingkan menghadap Maira. Kekasih hati.
“I miss you, darling...” Lengan Fatah dirangkul erat. Kepala dilentokkan ke atas bahu Fatah. Sengaja nak bermanja.
“Jangan nak manja-manja dengan I macam ni, Ara... You sengaja goda I.”
Fatah ketawa kecil. Kepala Maira yang melekat di bahunya diusap beberapa kali. Cantik... manis... bergaya...dan masih muda. Betul-betul mampu menggoda dirinya.
“You yang goda I...”
“I goda apa? You yang mula-mula melekat dekat I.” Kening berkerut. Wajah Maira yang begitu hampir dengannya ditatap penuh minat.
“You pakai kemeja colour ungu lembut macam ini... So sweet, darling... Buat I rasa nak peluk you sepanjang hari...”
Maira mengangkat kepala. Kulit putih mulus milik Fatah ditatap lama. Lelaki ini betul-betul mister
handsome bagi dirinya. Cintanya semakin hari semakin berkembang mekar.
“Ara... Kalau you rasa you still ada niat nak sambung belajar, behave okay. Kalau tak... sekarang juga I ajak you kahwin nanti...” Fatah memegang tangan Maira yang melekat di dadanya. Wangian dan sentuhan daripada Maira memang betul-betul mampu melemahkan dirinya.
Maira tergelak kecil dan sepantas kilat menghadiahkan ciuman di pipi Fatah. Badan kembali disandar ke kerusi penumpang dan menarik tali pinggang keselamatan.
“Jom... I teman you makan. I tahu mesti you belum makan kan...”
“Pandai pun. Sebab itu I sayang you sangat... You la perempuan paling memahami I...” Fatah membetul-betulkan kemeja di badan sebelum memasukkan gear kereta. Kereta perlahan-lahan
keluar dari pekarangan mahkamah.
Sekilas wajah kacak Fatah di sebelah dipandang dengan perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi. Empat tahun dia akan melanjutkan pelajaran, pasti dia akan merindui sentuhan, suara dan pandangan dari wajah kacak itu.
Ahmad Fatah Asyraf. Lelaki pertama yang mampu menggetarkan nalurinya. Walaupun jarak
perbezaan umur mereka agak jauh... namun Fatah pandai melayan dan mengikut rentaknya. Berumur 25 tahun tetapi sudah mempunyai sebuah syarikat guaman sendiri. Betul-betul membuatkan dirinya berasa kagum. Mengikat tali pertunangan pada usia seawal 20 tahun bukan penghalang bagi dirinya untuk menyambung pelajaran. Dia tahu, Fatah ialah lelaki yang paling layak untuk dirinya. Lelaki itulah yang paling banyak memberi sokongan kepadanya. Segalagalanya mengenai Fatah mampu membuatkan hidupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan