Isnin, 4 Mei 2015

Bukan Kekasih Tetapi Isteri-Bab 11



LANGKAH kaki diatur lemah menuju ke bilik. Hati gelisah. Kepala pulak tak habis-habis memikir. Satu-satu masalah yang Zara bawa dalam hidup dia.
Dan kenapa apa-apa saja yang berkaitan dengan wanita terbabit. Mesti akan memberikan kesan yang besar dalam hidup dia.
 “Hey bro! Lemau je.”
Kepala Rizza menoleh ke arah kerusi rotan depan Tv. La! Zarif. Macam mana pulak dia boleh tak perasan Zarif ada dekat situ tadi? Kaki dilencongkan mendekati Zarif.
“Penat.” Penat otak!
“Hai. Kau bercakap macamlah baru setahun dua dengan tudm. Kau dari mana tadi?” Soal Zarif dengan mata yang masih melekat di telefon bimbit. Facebook la tu!
“Keluar.”
“Mana? Dengan Zara eh?”
Zara. Mengingati nama tu buat dada Rizza rasa lemas. Sejak budak tu muncul dalam hidup dia. Tak tahu la kenapa dia sentiasa rasa tak cukup oksigen. Entah betul agaknya Zara memang dah bomohkan dia. Biar dia cepat mati.
“Tak la.” Rizza menghenyakkan punggung atas kerusi rotan di depan Zarif.
“Yeke?”
“Yela.” Rizza menjawab malas. Takkan la asal keluar je mesti dengan Zara.
“Dah tu pergi mana?” Soal Zarif lagi. Pelik. Dulu jarang sangat Rizza keluar.
“La. Kau ni macam bini aku pulak. Banyak betul soalannya.” Rizza ketap bibir.
Zarif gelak.
“Tak la. Zara je yang layak jadi bini kau.”
Tengok! Sempat lagi Zarif mengenakan dia.
“Jangan sebut nama dia boleh tak? Hari ini aku nak feel free. Jangan nak bawa nama yang bermasalah tu dalam diari aku hari ni.” Rambut yang memang sedia pendek Rizza raup ke belakang. Rimas!
“Apahal ni bro?”
Rizza menjeling. Malas nak jawab. Dia dah cakap jangan sebut tu maknanya dia tak nak cerita apa-apalah. Ini dah kenapa pulak semua orang jenis tak faham bahasa sangat. Berjangkit dengan Zara agaknya.
“Wahhh kau dah pandai jeling-jeling manja sekarang. Cute.” Zarif gelak besar.
“Zarif...” Meleret suara Rizza bagi amaran. Geram je dia nak sumbat kotak tisu depan  ni masuk dalam mulut Zarif. Suka sangat ye.
“Takkan la sebab dia je kau nak jadi macam ni kut. Ini bukan Rizza Azrim, dulu kau apa pun boleh je cool. Tapi sekarang ni, sejak jadi Rizza Zara ni. Emo betul.” Zarif buat muka mengusik.
“Aku geram je nak sorok Zara tu dalam poket ni tahu tak. Biar dia duduk diam-diam. Buat pening kepala aku ni aje lah!” Poket seluar Rizza tepuk-tepuk. Membayangkan Zara berada di dalam poket tersebut. Lega hati dia.
“Apahal pulak yang sampai nak sorok dalam poket? Kau dah simpan dia dekat rumah tu tak cukup lagi ke?”
“Dia dah pandai bergaul. Itu yang aku tak suka!”
Zarif sambung gelak lagi. Kali ini makin kuat. Sampai ternaik-naik kaki ke atas.
“La kau sendiri yang kata hari tu Zara tu girls of night club. Mestilah PR dia tip top bro.. Apa kau nak heran sangat.”
“Ye! Tapi aku tak suka dia mengediks dengan doktor sebelah rumah aku tu. Aku leka sikit je dia dah pandai merangkak cari jantan.”
“Gediks sangat ke?” Soal Zarif sambil buat aksi gediks.
“Mengelediks. Mengeletar. Mengeleman. Itulah karakter zara tu kalau jumpa jantan.” Rizza turut membuat aksi gediks juga. Goyang-goyangkan bahu.
Geli! Memandai je dia menambah. Padahal dia sendiri pun tak tahu samada betul atau tidak Zara.Rasanya tak pernah pulak Zara buat perangai macam tu kalau dengan dia.
“Dan kau pun.. Mengelupur!” Sambung Zarif.
Zarif ketawa dan bangun pergi dapur. Rizza tercengang. Hampeh punya kawan!
“Bangang la kau!” Laung Rizza dari ruang depan.
Zarif kat dapur masih lagi dengan ketawa. Suka sangat Zarif dapat buat hati dia ni makin sasau. Memandai je menambah ayat dia.
“Azrim. Kau ni aku pelik la. Kata tak suka. Tapi yang kau sibukkan sangat pasal Zara tu kenapa? Lantak dia la. Kalau dia dah jumpa jantan lain. Then it’s good. Selamat la papa kau.. Itu yang kau nak kan?” Zarif muncul dari dapur dengan dua tin air 100 plus di tangan.
Rizza hanya memerhatikan Zarif meletakkan air tersebut didepannya. Keluhan kecil dilepaskan. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Luas sikit pandangan. Jadi bolehlah juga luaskan sikit otak dia ni. Lapang!
“Tapi dia memandai pulak nak kerja dengan doktor tu. Banyak cantik muka dia!” Luah Rizza geram. Sakit mata dia ni teringatkan puji-pujian Zara mengenai Hakim.
“Okeylah tu. Dia pun nak juga ada kehidupan sendiri. Kau pun tak tentu lagi sampai bila nak simpan dia. Lagipun dekat sini Adila tak akan jumpa dia. Dia selamat.”
“Sampai bila-bila la. Aku dah susah payah bawak dia datang sini. Selamatkan dia Takkan dia nak tinggal aku pulak.” Cepat Rizza balas.
Zarif dah tersenyum-senyum. Mengangkat kening pada Rizza. Kemudian bibir Zarif bersiul
kecil. Meneguk air di dalam tin dengan muka bahagia.
“Kau apa hal senyum pulak?” Soal Rizza geram. Ada la tu perkara yang Zarif nak mengenakan dia.
“Tak ada apa.”
“Dah tu yang muka bahagia sangat apahal? Bahagia dalam kegelisahan aku ke apa ni?
“Pandai bermadah-madah pulak dah..” Zarif gelak lagi. Kali ini gelak sopan je.
Rizza merengus. Apa dia cakap semuanya salah la Zarif ni. Agaknya orang yang nama bermula dengan huruf Z ni memang menjengkelkan agaknya. Jenis tak reti dimarah. Gembira dalam kesakitan dia. Ah! Dia bermadah lagi.
“Azrim..”
“Apa?” Jawab Rizza malas. Panggil setakat nak ketawakan dia baik tak payah.
“Mestilah aku bahagia..”
“See! Kan aku dah cakap. Kau bukannya nak kesian dekat aku pun.”
“La. Aku bahagia. Sebab kawan aku ni dah jatuh cinta.”
“Nonsense!”
Jatuh cinta? No way! Kapten Azrim tak semudah itu jatuh cinta. Banyak tapisan untuk menjadi buah hatinya.
“Eh! Kau baru je cakap tadi kau tak nak Zara tu tinggal kau. Itu bermaksud kau nak dia sentiasa ada dengan kau. Kau tak sanggup kehilangan dia. Kau tak rela kalau dia mengediks dengan abang doktor tu. Itu maknanya kau syok kat dia la, bro!”
Kenyataan Zarif buat rahang Rizza jatuh. Pandainya kawan dia ni. Pandai sangat! Bila entah dia cakap macam tu.
“Banyak ayat tambahan kau, Rif. Bila pulak aku cakap aku tak nak dia tinggal aku. Kau ni...”
“Aku tak pekak la Azrim. Terang lagi nyata. Memang perkataan tu tadi keluar dari mulut kau. Takkan la saka kau pulak.”
“Yeke?” Ada ke dia cakap?
“Yela. Kau cakap siap dengan muka yang penuh beremosi lagi tau. Emosi orang cemburu!”
Rizza terdiam. Telan liur perlahan-lahan. Baru menyedari yang dia memang terlebih emosi. Ini mesti dia cakap di luar kesedaran ni. Macam yang selalu dia buat bila dengan Zara. Selalu je mulut dia ni terlepas cakap. Ini semua sebab Zara!
“Alahh.. Maksud aku.. Err. Aku..”
“Gagap dah Kapten kita. Ini kalau Mejar dengar confirm kau kena jerkah punya! Jurulatih prajurit gagap. Apa hal ni..” Zarif masih lagi terus mengusik.
“Ah menyampah la aku.” Rizza bangun menuju ke dalam bilik. Tak tahu nak membalas apa. Zarif kalau dapat mengusik. Memang dia kalah. Solat asar lagi bagus!


Badan disandarkan di tepi tingkap sambil memerhatikan ruang tamu yang sudah siap dikemas. Dari pagi tadi bersusah payah dia mengubah kedudukan sofa, mengalih rak Tv. Sampaikan karpet depan Tv tu pun dia lipat dan basuh. Terteleng-teleng la juga dia dibuatnya nak menjemur karpet tu tadi. Tapi sekarang ni..dia puas hati. Barulah nampak kelainan sikit.
“Dalam rumah dah siap. Sekarang ni luar rumah pulak kena service.” Kata Zara pada diri sendiri dan bergegas masuk ke luar rumah.
“Hai, Zara.”
Zara yang tengah menyembur air paip ke atas lantai depan rumah ditegur dari belakang.
“Hai.” Balas Zara bila nampak Hakim depan pagar rumah. Inilah Hakim, anak bongsu Mak Teh. Sopan betul! Suara ala-ala Hafiz Hamidun.
“Rajinnya dia.” Kata Hakim lagi sambil melabuhkan duduk ke atas tembok depan rumah.
Zara tersipu malu. Gaya Hakim dia pandang atas bawah. Macam baru balik dari jogging. Hari ini hari cuti umum, agaknya Hakim tak buka klinik. Tapi pagi tadi tak ada pulak dia nampak Hakim.
“Menghilangkan bosan. Baru balik jogging ye?” Soal Zara untuk soalan yang sememangnya dia dah tahu jawapan.
“Tak juga. Berjalan je yang lebih sebenarnya.” Hakim senyum sambil mengelap peluh di bahagian leher.
Zara tersenyum-senyum. Seksi!
“Okeylah tu. Ada juga keluar peluhnya. Nak harap saya baru sampai depan tu. Saya dah terjelir lidah. Mengah!” Kata Zara.
 Dia ni memang jarang sangat bersenam ni. Sebab tu la masa kena kejar dengan abang pejal hari tu hampir semput dibuatnya. Hiss! Mengingatkan saat tu buat dia rasa ngeri je. Kalau la Rizza tak sempat selamatkan dia tempoh hari, mesti sekarang ni dia dah tak ada peluang nak tengok muka abang doktor yang manis ni. Cewahh!
“Eh. Awak buat kerja rumah macam ni kira berpeluh juga la.” Hakim tunjuk pada Zara yang tengah bertungkus lumus menyiram.
Zara senyum je. Plastik sabun dia ambil dan tuang atas lantai. Masa untuk main buih!
“Mak Teh dengan Pak Teh tak ada ke? Tak nampak pun dari pagi tadi.” Soal Zara.
“Tak ada kat rumah. Pergi kenduri kahwin.”
Zara mengangguk faham. Patutlah dia tak nampak dari pagi tadi. Selalunya masa dia sidai kain mesti nampak pintu dapur terbuka. Tapi hari ini tak terbuka langsung.
“Awak tak ikut?”
“Tak. Nak rehat kat rumah je. Bukan senang nak dapat cuti umum macam ni.”
“La! Bos pun boleh macam tu ye? Itukan klinik awak..kalau rasa nak rehat. Tutup aje la.”
“Tak boleh la pulak macam tu.”
Zara sengih. Kalau dia yang malas ni memang la dia akan ambik jalam mudah macam tu. Sebab tu la dia ni tak boleh buat perniagaan sendiri. Tak akan maju punya!
Lantai dia sapukan dengan penyapu lidi. Membuatkan buih-buih mula terbentuk. Dia sapu betul-betul. Biar berkilat. Rizza ni macam tak pernah basuh simen depan ni je. Berpasir. Berdebu. Tahu duduk je agaknya!
“Zara. Jadi kan kerja dengan abang?”
Zara angkat muka sedikit pandang Hakim di depan. Tidak tahu jawapan apa yang harus dia bagi. Rizza masih tak bagi kata putus lagi. Lepas dia cakap yang dia nak kerja hari tu. Terus je Rizza senyap. Tak cakap apa-apa. Makan je tanpa langsung memandang muka dia. Siap makan Rizza terus balik. Berangin betul!
“Abang. Saya kena tanya Rizza dulu la.”
“Azrim?”
“Ha ah.” Zara angguk. Lupa pulak yang orang kat sini panggil Rizza tu Azrim.
“Itulah. Abang pun tak jumpa dia lagi. Kalau tak, boleh juga abang cakap dekat dia.”
“Tak apalah. Biar je saya cakap dengan dia.”  Rasa kalau Hakim yang cakap lagi tipis kut peluang nak dapat.
“Zara.”
“Ye?”  Jawab Zara sambil terus menyapu. Kali ini dia dah sampai dekat dengan Hakim yang berada atas tembok.
“Awak ni betul ke cousin dia?”
Zara berhenti menyapu. Memandang ke wajah Hakim yang sedang menunggu jawapan. Kenapa tiba-tiba tanya ni?
“Betullah.. Kenapa abang? Ini mesti sebab saya cantik kan. Tapi Azrim tu buruk. Terutama sekali buruk laku! Tak sesuai sungguh jadi cousin saya.”
Sengaja je Zara gelak kuat-kuat. Pandai sungguh dia cover!
“Pandai juga Zara naik buaian, lepas tu hayun sendiri ek.” Hakim turut gelak.
Zara garu kening. Pelik dengan peribahasa yang Hakim tuturkan. Ke ini memang peribahasa doktor. Kut la belajar dekat luar negara sana tu peribahasa dia lain.
“Bolehlah. Itu pun sejak duduk dalam rumah ni ha. Berjangkit sengal Azrim la ni!” Penyapu Zara tunjuk ke arah dalam rumah.
Tapi bila penyapu dia kembali ke depan. Penyapu tadi telah menyapu sekali buih-buih sabun atas lantai. Itu tak apa lagi.. Tapi buih-buih tu dah penuh atas seluar track Hakim..
“Eh! Sorry. Sorry abang. Zara tak sengaja.” Zara campak penyapu ke tepi. Kalut dia menyapu buih-buih sabun atas seluar Hakim. Kenapalah dia ni cuai sangat. Alahai..habislah comot anak teruna Mak Teh ni.
“Eh! Tak apa zara. Lagipun abang memang kena mandi juga lepas ni.” Hakim menepis perlahan.
Tepis sekali dengan buih-buih. Melekap elok atas hidung Zara.
Strettt!
Tak jadi Zara nak buka mulut bila tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul depan pagar rumah. Siap buat aksi driff lagi. Land Crruiser Prado. Alamak! Abang kapten. Mampus!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan