Khamis, 11 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 05


LANGKAH si anak Maira pandang dengan rasa curiga. Tiba-tiba Ahqaf muncul hari ini. Selalunya lebih suka melepak di Mont Kiara. Duduk sini nanti telinga dia panas. Tak bebas katanya.
Si anak balik Maira tidak kisah sangat. Yang dia kisahkan adalah senyuman di bibir itu. Balik ke sini dengan senyuman lebar adalah sesuatu yang tersangatlah pelik.
“Hai mama...” Ahqaf angkat tangan sebaik berselisih dengan Maira di anak tangga.
“Along.” Lengan si anak Maira pegang. Mengalang agar Ahqaf dari terus berlalu.
“Ok. Fine.” Pipi Maira dia hadiahkan ciuman. Tahu memang itu tabiat mamanya.
Maira menampar lembut belakang Ahqaf. Lain yang dia nak lain pula yang Ahqaf berikan. Ini tak lain tak bukan nak perli dialah tu.
“What?” Mencerut muka Ahqaf. Kan dah cium. Nak apa lagi.
“Ahqaf dari mana? Senyum meleret.”
“Memang Along selalu senyum pun kan. Apa masalahnya?” Muka malas Ahqaf tayangkan. Mula dah sesi soal jawab Doktor Maira. Apa yang dia buat ada je yang tidak kena.
“Dari mana ni?” Soal Maira lagi. Takut jika Ahqaf baru pulang dari melakukan perkara tidak senonoh. Sebab itu boleh tersenyum lebar. Penampilan si anak dia perhatikan. Cuba mencari apa-apa bahan bukti. Bukannya boleh percaya sangat dengan anak teruna dia ni.
“Jalan-jalan.” Ahqaf jawab sepatah dan kembali meneruskan langkah. Namun baru beberapa langkah dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Memang ini pun tujuan dia boleh sampai kemari.
“Mama!” Panggilnya
Maira yang masih tidak berganjak mengangkat kening.
“Klinik mama tu ramai sangat ke pesakit?” Soal Ahqaf dari empat anak tangga melebihi Maira.
“Why?”
“Soalan tidak berjawab dengan soalan.” Sebelah kening terangkat dengan kepala digeleng sekali.
“Ramai la juga.” Jawab Maira. Tak pasal je kena sebiji atas batang hidung. Ahqaf ni memang. Kalau bercakap tak menyakitkan hati tak sah.
“Kalau mama tak pakai pembantu pun tak apa kan?”
“Mana boleh. Kelam kabut mama nanti.”
“Then. Tutup je klinik tu.”
Bulat mata Maira mendengar saranan si anak. Mudah betul! Dia punyalah bertungkus lumus memajukan klinik tu. Sesenang hati Ahqaf nak suruh dia tutup.
“Setuju ke tidak?” Soal Ahqaf tidak sabar. Lambat betul mama ni. Jawab saja la.
“Kenapa pulak?”
“Again mama. Mama jawab soalan Along dengan soalan.” Ahqaf menyandar ke dinding. Rokok dikeluarkan.
            Terkebil-kebil Maira memandang tingkah Ahqaf. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Apa kena pulak dengan anak dia hari ni. Tak pasal je Klinik dia tu pula yang menjadi mangsa. Baru berapa hari balik. Habis semua jadual dia tunggang langgang. Semua benda nak diaturkannnya.
            “Oh my! Buat muka pulak dah. Bukannya lawa pun. Jawab saja soalan Along tadi.”
            Maira mengetap bibir. Sudahlah nak tutup Klinik dia. Lepas tu suka hati cakap dia tak cantik. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Langkah di atur mendekati si anak. Rokok di bibir Ahqaf dia tarik.
            “Rumah ni dilarang merokok.”
            Ahqaf angkat bahu.
“Tutup saja la ye. Duduk rumah jaga cucu lagi bagus.” Tanpa mempedulikan riak muka Maira. Selamba Ahqaf membuat keputusan.
Memang itu yang sepatutnya. Jaga saja anak saudara dia yang seorang tu. Anak kepada Umaira. Anak kedua pasangan Rizky dan Maira.
“No!” Tegas Maira menjawab.
“Kalau macam tu nanti kerja la kelam kabut.”
“Kenapa pula?”
“Along nak pembantu mama tu. She’s mine!” Sebaik sahaja habis berkata-kata langkah di atur ke tingkat atas. Sempat dia mengeluarkan sebatang lagi rokok. Rizky Dhan tu ada kat rumah. Tak apa. Setakat mama. Sikit pun dia tak hairan.
“Umar Ahqaf!” Jerit Maira geram. Cakap suka tak habis. Nak pembantu dia? Siapa? Anggerik?
“Umar Ahqaf nak tidur. Pergi cari Rizky Dhan.” Tanpa memandang Maira. Tangan dia angkat sedikit. Asap rokok berkepul-kepul memenuhi ruang di tangga tersebut.
Maira picit dahi. Teruk betul perangai anak Rizky Dhan ni. Kalau dia tahu begini perangainya. Dari kecil lagi dia hantar pergi Sekolah Tahfiz. Biar jadi Ustaz. Mentang la Rizky tak ada. Senang je Ahqaf buli dia. Tak apa. Cinta hati dia tu balik nanti dia nak mengadu.
Langkah di atur laju menuju ke dalam bilik. Tujuannya cuma satu. Nak suruh Rizky balik rumah sekarang juga. Hari minggu tak payah kerja. Sila hadap perangai kalis peluru si anak sulung ni. Dan yang paling penting. Ahqaf nak ambil pembantu dia. Anggerik Medina. Jangan harap!


Penuh kesabaran Rizky menunggu Kit selesai berbicara di telefon. Sesekali mata dia akan melihat komputer riba. Tangan yang ingin menaip sesuatu terhenti. Tak boleh fokus!
            “Memang Aqaf keluar seorang tadi.” Tak tunggu lama terus Kit menyampaikan berita sebaik meletakkan telefon.
Memang itulah tujuannya membuat panggilan tadi. Rizky menyuruh dia telefon si anak, Saiful. Bertanyakan samada Saiful bersama Ahqaf atau bersendirian. Dan ternyata sangkaan si ayah benar.
“Aku dah agak. Dia kalau keluar seorang memang ada la perkara luar alam yang dia buat.” Kali ini Rizky menolak jauh komputer riba miliknya. Memang tak boleh buat kerja dah.
“Budak dua orang tu memang tak boleh ikut. Kalau ikut anak kau tu nak bagi diaorang berdua makan sup kaki.”
Tergeleng Rizky mendengarkan kata-kata Kit. Suka hati dia je nak bagi kaki dekat orang. Tapi tak boleh salahkan si anak juga. Dari kecil dia tak pernah nak tangankan. Bila dah besar, si anak memang naik kaki la.
“Bagi ke wife kau?”
“Jangan harap la dia nak bagi. Anggerik tu pekerja kesayangan dia. Suka hati budak tu nak ambil alih pulak.”
Terkejut juga Rizky apabila menerima panggilan dari Maira sebentar tadi. Maira mengadu yang anak mereka inginkan Anggerik. Siap suruh tutup klinik pulak tu. Memanglah dia ada menyuruh Ahqaf belajar selok belok menguruskan Fetriz Holdings. Namun tak sangka pula Ahqaf mengambil langkah yang lebih panjang.
“Habis tu? Hantar Aqaf balik semula ke Ireland?”
“Itu memang tak la. Nak suruh dia balik sini pun aku kena guna kuasa veto mummy aku tau. Kalau tidak memang jangan harap budak degil nak dengar cakap aku.”
“Habis tu sekarang kau terpaksa la juga ikut kehendak dia.”
Rizky angguk lemah. Memang hanya itu pilihan yang dia ada. Kalau tak diikut nanti memang selamat anak dia tu terbang semula ke Ireland. Kalau dah dapat balik sana. Memang susah la dia.
“Memanglah wife aku tu macam berat hati nak lepaskan Anggerik. Tapi apa pilihan yang kami ada. Rasanya antara Anggerik dengan Ahqaf. Maira akan pilih Ahqaf kut.” Rizky menyandar ke belakang kerusi. Wajah sabahatnya dipandang penuh rasa segan.
Segan kerana mempuanyai anak sedegil Ahqaf. Sedangkan Saiful anak saudaranya itu pun degil juga. Tapi tak adalah seliar Ahqaf. Liar yang langsung tak boleh diracun. Makin diracun makin subur.
“Riz. Aku rasa kau ikutkan saja la kehendak Aqaf tu. Anak ni, memanglah ada masanya susah dikawal. Tapi sampai satu masa nanti mungkin dia akan berubah. Who’s know Anggerik mampu merubah dia. Bagi peluang pada dia.” Penuh perihatin Kit menasihati.
Sebagai seorang ayah dia sangat memahami perasaan Rizky. Jika dia berada di tempat Rizky. Belum tentu dia akan sesabar sahabatnya itu. Marah memang marah. Namun tidak pernah sekalipun Rizky meninggikan suara. Memberontak dan mengamuk lagilah jauh sekali.
“Kalau dia tak boleh ikut rentak kau. Apa kata kau pula yang ikut rentak dia. Come on, friend. Kita pun pernah muda juga dulu. Rizky junior tu kan. Adatlah...” Sambung Kit lagi. Gelak kecil kedengaran di hujung ayatnya.
Rizky juga ketawa kecil. Rizky junior. Itulah juga panggilan yang sering digunakan isterinya terhadap Ahqaf. Segalanya milik si anak menurun dari dia. Cuma sikap degil melampau itu saja yang terlebih. Kalau dulu dia tak adalah kisah sangat. Namun sejak umur Ahqaf bakal menginjak 30 tahun. Dia mula mengorak langkah.
Sudah terlalu lama rasanya dia biarkan Ahqaf hidup bebas. Sudah tiba masanya dia memberikan anaknya memikul tangunggjawab. Jika bukan Ahqaf. Kepada siapa lagi yang boleh harapkan mengambil alih Fetriz Holdings. Hanya Ahqaf sajalah anak lelakinya. Yang kedua dan ketiga merupakan anak perempuannya. Takkan dia nak bagi perempuan pula yang menerajui hasil titik peluhnya selama ini.
“Thanks Kit. Insyallah. Balik ni aku bincang dengan wife aku.”
“Alah. No hal la. Aqaf tu bukannya orang lain. Anak saudara aku juga.”
“Haihh! Ikutkan hati. Aku ni banyak kerja lagi. Tapi puan besar dekat rumah tu dah merengek suruh balik.”
“Selalu okey je Ara bagi kau kerja hari minggu. Apasal hari ni menrengek pulak.” Berkerut dahi Kit. Menjadi sahabat kepada Rizky sedari kecil membuatkan dia cukup memahami sikap Rizky. Teliti dalam segala hal perniagaan. Terutama sekali mengenai Fetriz Holdings.
Jadi berkerja pada hari minggu memang sudah menjadi kebiasaan. Tidak pernah pula Kakak iparnya itu merungut.
“Anak saudara kau tu la punya kerja. Ada ke patut dia cakap mama dia tak cantik. Mahunya tak sentap si gedik tu.”
“Itu memang masalah besar!”
Berderai gelak Rizky dan Kit. Cukup memahami sikap Maira. Memang pantang kalau ada yang kata dia tak cantik. Orang tu punyalah jaga badan. Makan jamu segala. Si anak pula selamba kata tak cantik.
“Siap sedia la kau.” Kit memperingatkan. Tahu sangat dah apa reaksi Maira.
“Memang aku nak sekeh kepala budak Ahqaf tu nanti. Dah tahu kepantangan mama dia. Tapi selamba dia je pergi cakap. Aku juga yang kena memujuk.” Rizky tutup komputer riba atas meja.

Memang sekarang ni dia kena balik. Isteri diutamakan. Lebih lagi isteri yang tengah berperang dengan si anak. Nak tak nak terpaksa la dia batalkan segala urusan kerja dia hari ini. Ini semua Si Umar Ahqaf punya penangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan