Selasa, 30 September 2014

Misi Cinta Mr.Bad Guy-Bab 24


(Telah berada dipasaran pada Disember 2014)
MELIHAT sikap Ahqaf yang lebih pasif, Anggerik menarik nafas lega. Semalam dekat majlis nikah dah buat hal. Janganlah suami dia ni buat hal masa hari sanding ni pula. Ramai orang ni. Malu satu keturunan dia nanti.
“Bila kita boleh makan ni? Perut aku dah buat disko dance ni.” Bisik Ahqaf ketika berada di atas pelamin.
“Sekejap lagi.” Balas Anggerik pendek.
Memang tak reti bersabar agaknya anak Rizky Dhan ni. Semua benda nak cepat. Sudahlah semalam sebaik sahaja selesai majlis akad nikah. Selamba nak heret dia bawa balik. Orang dah kata tunggu kenduri besar selesai baru boleh duduk sekali. Tapi suami dia degil. Berkeras nak bawa dia sekali.
Mujur juga adanya kuasa veto Datuk Rizky. Barulah Ahqaf nak dengar cakap. Itupun dengan keadaan memprotes kasar.
“Eh! Acara silat ek?” Soal Ahqaf apabila dua orang lelaki masuk untuk melakukan persembahan silat.
“Hmm.” Anggerik angguk sekali.
“Syok ni!”
Tersenyum Anggerik melihat keterujaan Ahqaf. Ada juga pengantin yang sempat bersoal jawab di atas pelamin. Ini semua suami dia punya pasal. Mata memerhatikan dua lelaki yang sedang membuka bunga silat di hadapannya. Bukanlah dia berminat sangat pun. Sekadar syarat untuk memfokuskan pandangan.
 Malu kut bersanding tengah-tengah halaman rumah macam ini. Ini semua cadangan kaum kerabat dia. Kononnya dia kahwin dengan golongan terhormat. Mestilah kena pelamin gah sikit. Ikutkan hati dia, cukuplah sekadar pelamin mini pun sudah memadai.
“Alahai... Manjanya.” Suara Ahqaf lagi.
Anggerik tahu apa yang suaminya maksudkan. Itu tak lain tak bukan mesti sebab salah seorang persilat itu tersungkur jatuh. Baru ditepis sikit sudah terkehel.
“Hiss! Geram pulak aku tengok.” Kali ini punggung Ahqaf sudah tidak duduk diam.
Tanjak dikepala dia pegang. Geram sungguh dia tengok cara lelaki yang sedang bergaduh di hadapannya itu. Kaki tak kuat langsung. Lembik. Cubalah bagi tumbukan yang padu sikit. Memang tak boleh jadi ni!
“Eh! Awak nak kemana ni?” Soal Anggerik kalut apabila melihat Ahqaf tiba-tiba bangun.
“Aku nak pergi kerjakan dua orang tu. Berlawan macam orang lembik lutut. Geram!” Tanjak di kepala Ahqaf campak ke atas ribaan Anggerik.
“Bos! Hesyy... Duduk la.” Tahan Anggerik sambil berusaha menarik tangan Ahqaf.
Tetamu pula sudah mula bersorak. Apa tidaknya kalau dah ada pengantin yang buat perangai tak pergi sekolah. Ada pula pengantin nak turun gelangang silat. Ahqaf ingat ini bertumbuk betul-betul agaknya. Kalau bab bergaduh suka sangat.
“Aku geram tengok dia tu. Berlagak sangat. Aku dah la lapar ni. Memang nak kena makan dengan aku.” Kata Ahqaf sambil turun setangga dari pelamin.
“Duduk la. Tengok tu, Datuk pandang kita.” Cepat Anggerik mengunakan nama Daruk Rizky. Memang itu sajalah modal yang dia ada.
Kebetulan pula Datuk Rizky sedang memandang ke arah mereka ketika itu. Dengan pakej muka brutal. Disertai pula dengan pandangan membunuh. Memang mampu membuatkan Ahqaf terus duduk.
“Ala, kenapa papa aku ada dekat situ.” Wajah papa yang sedang memandangnya dengan pandangan mata helang menjadi perhatiannya.
Dia bukan takut ye! Dia cuma tak tahan telinga dengar panahan mulut berapi dari seorang Rizky Dhan. Dengan muka tidak bersalah tanjak kembali diambil. Senyuman seindah pelangi diukirkan. Apapun muka kena maintain menarik dan the boom.
“Hesy. Ini apa faedahnya yang baling-baling beras ni kat aku? Kalau masak nasi kan kenyang.” Komen Ahqaf lagi semasa sedang berlakunya acara merenjis.
“Ini kan adat merenjis.”
“Yeke? Meh aku buat kat kau.”
“Tak payah!” Halang Anggerik dengan suara yang tertahan.
Lengan Ahqaf ditarik apabila melihat lelaki itu sudah sedia untuk menunduk mengambil beras. Susah betul dia nak kawal orang tua yang terlebih aktif ni. Kalau budak senang la sikit dia nak piat-piat telinga. Tangannya memeluk kemas lengan itu. Kalau orang tengok memang cemburu gila. Pasangan paling romantis kononnya. Hakikatnya dia tidak mahu tangan itu bergerak buat perkara luar alam.
Cepatlah majlis ni habis. Semoga semuanya akan berjalan lancar. Janganlah Ahqaf bertindak buat yang bukan-bukan. Takut nanti dia bertukar jadi Hulk Hogan versi perempuan saja.


Selesai pinggan yang terakhir diletakkan ke atas rak. Anggerik bergerak masuk ke dalam bilik. Kepala dia masa itu memang dah tak ada fikir benda lain. Dia hanya fikir nak tidur. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Memang dah tak mampu nak berdiri tegak.
“Nak masuk bilik dah, An?” Tegur Mukhlis abangnya yang nombor dua semasa dia melalui ruang tamu.
“Penat la abang ngah.” Jawab Anggerik sambil memegang pinggang.
“Oh... Penat ye. Ha, okey. Abang ngah faham.” Mukhlis berlalu dengan senyuman di bibir.
Anggerik gigit bibir. Macamlah dia tak faham maksud senyuman itu. Senyuman mengena. Sebelum menolak pintu bilik, mata sempat mencari kelibat Ahqaf. Tadi selesai saja makan malam terus lesap dengan anak-anak buah dia. Entah pergi kemana la tu. Jangan lelaki itu bawa anak buah dia pergi merempit sudah la.
Masuk saja ke dalam bilik terus dia salin pakaian kemudian rebahkan tubuh ke atas katil. Nikmat betul rasanya dapat meluruskan pinggang. Saat mata dipejamkan telingannya terdengar suara Ahqaf di luar pintu bilik. Tidak lama selepas itu kedengaran pintu bilik ditolak.
“Awalnya kau landing.” Tegur Ahqaf sebaik sahaja melihat Anggerik yang sudah tertiarap di atas katil.
Anggerik pejam mata rapat. Berpura-pura tidur. Malas dia nak melayan kerenah Ahqaf. Rasanya hari ini dia jadi penat sangat sebab otak dia pun bekerja keras. Bekerja sebab berfikir macam mana nak mengawasi gerak geri suaminya.
“Mak!!” Terjerit dia apabila Ahqaf tiba-tiba melompat ke atas katil.
Kelam kabut Anggerik terjun dari katil. Mujur tidak gugur jantung dia.
“Kau ni dah kenapa? Sawan?” Ahqaf buat muka pelik.
Anggerik ni dulu cita-cita nak jadi atlet lompat kijang agaknya. Boleh pula buat aksi terjun katil.
“Bos tu yang main terjun-terjun atas katil kenapa?” Soal Anggerik geram. Nasib baik dia tak jerit dengan volume paling tinggi. Kalau tidak memang bergegar satu rumah. Bos ni dulu cita-cita nak jadi atlet lompat tinggi agaknya.
“Memang aku suka terjun-terjun pun. Apasal? Takut aku rogol kau? Elehh.. Tak hingin la.” Ahqaf cebik bibir sedikit. Sengaja dia berbaring di tengah-tengah katil. Kain pelekat dibetulkan.
Kalau tak memikirkan yang dia kena paksa dengan Abah pakai karung ni tadi. Memang jangan harap dia nak pakai. Seksa! Itu pun puas dia belajar dengan anak saudara Anggerik yang umur 12 tahun tu. Jatuh taraf lelaki sejati dia.
“Kalau dah main terjah macam tu, semua orang pun terkejut la. Tak boleh ke baring elok-elok?!” Anggerik urut dada sambil menjeling pintu bilik. Takut kalau-kalau tidak tertutup rapat.
Ahqaf buat konon takut dengan kemarahan Anggerik. Pembaringan dibetulkan dengan mata terpejam. Ikutkan ini bukanlah waktu dia tidur. Tapi dekat kampung yang terceruk ni, apa saja yang dia boleh buat? Takkan nak pergi berjoget tengah kebun getah pulak kut. Jadi baiklah dia tidur.
“Sana la sikit. Yang bos baring tengah-tengah ni kenapa? Saya pun nak tidur juga.” Kata Anggerik apabila melihat Ahqaf yang terlentang di tengah-tengah katil. Kalau dah begitu cara tidurnya. Dia nak baring dekat mana?
“Kau tidur bawah.”
“Amboi!”
“Katil kau ni sekangkang kera. Muat untuk aku je.”
Anggerik ketap bibir bawah. Tangan di bawa naik ke pinggang. Banyak cantik muka lelaki seorang ni! Buat macam katil sendiri pula.
“Bos. Tepi la sikit.” Anggerik ambil tempat di birai katil.
Sampai sekarang memang susah betul dia nak buang panggilan bos terhadap lelaki yang sudah menjadi suaminya ini. Alah! Ahqaf pun sama. Lagi selamba ber ‘kau’ ‘aku’ dengan dia. Bila ada yang bertanya, bijak pula lelaki itu menjawab. Ini cara mereka bermanja. Kononnya!
“Bos...” Panggil Anggerik lagi sambil menolak tubuh itu.
“Kau tidur bawah la. Hesy!” Ahqaf tepis tangan Anggerik.
“Tak nak!” Bantah Anggerik. Ada pula pengantin perempuan kena tidur bawah. Tak romantik betul la suami dia ni. Menyampah!
“Tidur bawah!”
“Tak nak!” Anggerik buat degil dengan suara yang sama naik.
Ahqaf bangun. Wajah Anggerik yang sedang buat muka garang dipandangnya. Sejak dah jadi isteri dia ni. Makin degil pula Anggerik ni. Kain pelekat di pinggang dia buka dan ditolak dengan kaki ke bawah katil. Kini hanya tinggal seluar pendek paras peha.
“Tidurlah kalau berani.” Ahqaf angkat kening sambil membuat isyarat mata ke arah kakinya yang terdedah. Memang dari tadi lagi dia nak campak kain karung tu.
Anggerik gigit bibir. Memamg sengaja mencabar dia nampaknya. Badan Ahqaf ditolak dan dia merangkak naik ke tengah katil. Kepala direbahkan betul-betul di tepi suaminya.
“Macamlah saya takut.” Anggerik jawab sambil tersenyum. Kening juga diangkat mengajuk cara Ahqaf sebentar tadi.
“Kau ni kan...” Mencerlung Ahqaf memandang Anggerik. Ingatkan dia berjaya mengugut. Nampak gayanya kali ini ugutan dia dah tak ada power.
“Kita kan dah jadi suami isteri. Dulu masa belum halal, bos sibuk sangat nak tengok.” Tidak mahu kalah. Anggerik menyelak skirt yang dipakainya sehingga ke paras lutut. Tunjuk dekat suami sendiri apa salahnya.
“Okey. Kau nak sangat kan.” Ahqaf tarik Tshirt di tubuh. Kemudian dicampak juga ke bawah katil. Kepala turut direbahkan disebelah Anggerik. Kali ini dia yakin yang Anggerik akan terjun katil.
 Apa pun dia nak tidur seorang atas katil ni. Bilik ini sudahlah panas. Tidur berhimpit pulak. Memang berlengas la badan dia nanti.
“Saya no hal.” Tidak mahu kalah Anggerik bangun dan buka butang baju tidur dia buks sehingga menampakkan pangkal dada.
Senyuman senget dia ukirkan sambil melepaskan ikatan rambut. Kemudian tangan naik melurut-lurut rambut dengan jari. Dengan cara paling menggoda dia kembali berbaring. Jangan ingat Ahqaf dapat buli dia dirumah sendiri.
Kecil mata Ahqaf memandang reaksi Anggerik. Ini ke taktik menggoda Anggerik? Macam budak sekolah saja. Tak menarik dan tertarik langsung. Cubalah buat aksi menggoda macam Marilyn Moore. Barulah dia bersemangat sikit.
“Eiii dia ni kan.” Marah Anggerik apabila Ahqaf menolak tubuhnya kasar. Bantal yang menjadi tempat pembaringannya diambil dan dipeluk lelaki itu.
Banyak cantik! Sudahlah nak memonopoli katil dia. Sekarang ini bantal dia pun Ahqaf nak sekali. Dasar tamak!
“Diam. Aku nak tidur.”
“Saya punya. Jangan nak tamak sangat.” Anggerik kembali merampas bantal miliknya.
“Aku punya!”
“Saya!”
“Aku tendang kau ke bawah karang.”
“Habis tu ingat saya tak reti nak tendang balik!”
Berhempas pulas Anggerikk cuba mendapatkan bantalnya kembali. Kenapalah buruk sangat perangai Ahqaf ni. Melihat suaminya baring mengiring sambil memeluk bantal miliknya. Dia terjun di atas badan lelaki itu sambil terus cuba untuk mendapatkan haknya.
Hal bantal saja pun. Itu pun Ahqaf tidak mahu mengalah.
“Kau ingat kau tu besar sangat ke hah?” Ahqaf tolak badan Anggerik.
Hanya dengan sekali tolak Anggerik sudah jatuh tergolek. Mujur tidak tergolek terus ke bawah katil. Geram dengan tindakan kasar Ahqaf. Anggerik mengigit kuat bahu lelaki itu.
Rasakan! Sudah jadi suami orang pun masih dengan perangai tidak mahu mengalah.
“Adoi!!” Nyaring Ahqaf menjerit.
Kesempatan itu Anggerik cepat merampas kembali bantal miliknya. Senyuman kemenangan dia ukirkan. Jangan ajar dia main kasar kalau tak nak dia pun berkasar. Itu mujur dia gigit. Kalau dia baham tadi memang tak tinggal sisa.
“Arghh!” Giliran Anggerik pula yang terjerit apabila Ahqaf menariknya kasar sehingga dia terhenyak ke atas katil.
“Anggerik. Ahqaf. Kenapa tu?”
Baru sahaja Anggerik ingin membuat tindakan balas. Terdengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Dia dan Ahqaf saling berpandangan.
“Tak ada apa abah. Nyamuk!” Jawab Anggerik.
Ini mesti sebab suara dia dan Ahqaf sudah mengejutkan satu rumah. Ini Ahqaf la punya pasal. Malam pertama dah ajak dia bergaduh.
“La. Kenapa tak pasang ubat nyamuk. Kesian suami kamu tu nanti.” Jawab Zaini dari luar.
“Ha yer, abah. Nanti Anggerik pasang.” Balas Anggerik. Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi pintu bilik ditutup menandakan yang Abahnya sudah berlalu.
“Kau la ni punya pasal.” Ahqaf tarik sedikit rambut Anggerik. Kemudian dia bangun menutup lampu.
Anggerik menjeling walaupun Ahqaf tidak melihatnya. Dia merengus kasar sebelum menenpuk bantal kasar. Mata di pejamkan. Jangan nak berharap malam sebagai pengantin perempuan yang indah-indah. Dia bukannya kahwin dengan Mat Bunga. Tapi dia kahwin dengan Mat Sentul! Bengap. Menyakitkan hati.
Baru sahaja ingin melayan mata yang ingin terlelap. Tiba-tiba dahinya ditampar kasar. Cepat dia membuka mata. Wajah Ahqaf menjadi santapan matanya.
“Mummy nyamuk landing atas dahi kau tadi.” Kata Ahqaf sambil buat aksi menampar nyamuk di udara.
Anggerik ketap gigi. Jangan ingat dia tak tahu yang lelaki itu sengaja ingin mengenakan dia. Badan dipusing membelakangkan Ahqaf. Tahu yang tindakannya ini berdosa. Tapi rasanya lagi berdosa kalau dia terterajang suami sendiri di malam pertama. Baik jangan cari pasal.
“Anggerik. Kau nak good night kiss tak?” Soal Ahqaf sambil mengintai wajah Anggerik dibantu oleh sinaran cahaya yang masuk dari tingkap bilik.
“Tak nak.”
“Aku nak.”
“Diamlah!” Anggerik tutup telinga dengan kedua tapak tangan. Tekanan!
Terdengar gelak ketawa Ahqaf di belakangnya. Kemudian terasa pingangnya dipaut kasar. Cepat Anggerik menepis.
“Pinjam la sekejap. Bantal peluk aku tak ada ni.” Lagi kejap Ahqaf memeluk pinggang kecil itu.
Dah terbiasa tidur ada bantal yang menjadi peneman. Bila tak ada ni mulalah dia rasa janggal.
“Saya ni isteri. Bukannya bantal peluk.” Balas Anggerik perlahan. Tak tahu kenapa hati tiba-tiba terasa. Ahqaf memang anggap dia tidak bermakna apa-apa.
Rasanya kalau lelaki lain ada isteri yang pakai terdedah macam dia ni. Mesti dah tergoda. Tapi Ahqaf? Jangankan tergoda. Pandang pun dengan muka tanpa perasaan. Nak peluk pun dengan cara kasar. Peluk lembut-lembut tak boleh agaknya.
“Dan aku pulak suami. Jadi, meh aku nak peluk kau. Jangan nak marah-marah. Nanti esok bangun muka macam cendawan kering.” Pujuk Ahqaf. Tahu yang Anggerik mula tunjuk reaksi nak merajuk. Maaflah wahai isteri. Dia bukan jenis lelaki yang reti berlembut.
“Kalau ada suami macam bos. Bukan setakat cendawan kering. Tak lama lagi boleh jadi bawang buruk.” Balas Anggerik.
Ahqaf senyum. Anggerik kalau bab membalas dan berlawan kata. Memang tak mahu kalah.
“Dah. Dah. Tidur yer, babe.” Pujuk Ahqaf lagi.
Badan itu ditarik rapat ke arahnya dengan dagu dia yang menumpang di atas ubun-ubun itu. Mata dipejamkan dengan bibir yang masih tersenyum. Walau bagaimana cara sekalipun perkahwinan mereka. Anggerik adalah isterinya. Wanita inilah yang sudi berkahwin dengan lelaki jahil sepertinya. Apa juga cara layanannya, isterinya harus terima. Kerana dia adalah Umar Ahqaf Bin Rizky Dhan seorang bad guy.






37 ulasan:

  1. Adehhhhhh....dua2 sengal....main gusti ko...hahaha....sabar je la....hmm jumpa versi cetakla yer nnt ahqaf n anggerikkk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok juga kan kalau main gusti gitu kak.. Hahaa

      Padam
  2. Alahai ilah oii apa kes dorg ni...hehe

    BalasPadam
  3. Lucu sgt part bersanding. Ketawa terbahak2 sampai anak pun hairan tengok mak nye ni hah bergelak sakan. Terbaek lah sis. Memang sengal betul c ahqaf. Hihihihi cepat2 sambung ek sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaaa.. Memang ada pengantin gitu kak. Ilah pernah jumpa. Tak tahu malu sungguh.. Kakakaa

      Padam
  4. Balasan
    1. Tak romantik langsung kan yunks.. Hehee. Sesama darlings..

      Padam
  5. Aduyai sama2 sengal la diaorg ni...Memang terbaekkk la sis.Sambungan plzzzzz....

    BalasPadam
  6. best yea crita nie tertarik dan menarik....
    mmg kelako giler arrr....

    BalasPadam
  7. Senget arr Ahqaf nih! Keras perut dengan perangai tak semenggah dia. Apa punya pengantin daa.....

    BalasPadam
  8. aiyok...first night pn mau gado2 ka...dua2 mmg sesuai jd pasangan sengal

    BalasPadam
  9. best crita ni.. terhibur dgn kesengalan Ahqaf & Anggerik....

    BalasPadam
  10. Jln cerita yg menarik...terhibur sgt..Dh dipasarkn ke blm???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Crita ini blum kluar yunks. Hny novel kesinambungan sj yg dh ada di pasaran. Pencuri hati vs penembak cinta.

      Padam
    2. Ooo....pencuri hti vs penembak cinta dh hbis bce...mmg best tsgt2...melting ngn watak rizki nuh..

      Padam
  11. lambat lagi ke nk kuar nvl ini kak...x sbr nk tau kesudahannya. suka dgn watak ahqaf.. huhuhu

    BalasPadam
  12. For all my darling yg sudi komen.. terima kasih sesangat. Ngee ini bab last yg akn saya update full bab dkt blog. Lpas ni kita cuci2 mata dgn teaser saja yer dkt fb. Emm doakan aqaf berjaya ke versi cetak. Mmg tgh berperang dgn dia ni.. mmuahhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. x sabar nak tahu ending agk2nya normal balik tak perangai si aqaf nih...

      Padam
    2. +alias mardhiah. Bad guy sudah ke versi cetak la syg. Publish dis 2014. Hihii haa nt jenguk fb (miss'nurul ilah) ye...

      Padam
    3. +alias mardhiah. Bad guy sudah ke versi cetak la syg. Publish dis 2014. Hihii haa nt jenguk fb (miss'nurul ilah) ye...

      Padam
    4. +alias mardhiah. Bad guy sudah ke versi cetak la syg. Publish dis 2014. Hihii haa nt jenguk fb (miss'nurul ilah) ye...

      Padam
  13. Erk nak 1 bab lg

    BalasPadam
  14. Alaaa.. xpuas..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. misss...bila buku ni akan diterbitkan?...x sabar nak tahu ending....best best best!!!!

      Padam
  15. bole x sambung sampai abbess?

    BalasPadam
  16. Smbng la update

    BalasPadam
  17. Sambung la novel ni pls,i want the next bab, pls pls

    BalasPadam
  18. Salam,kat mana saya bolwh cari novel akak ye. Dah lama cari novel nie. Tapi tak jumpa.��

    BalasPadam
  19. Alaaa.. xde sambungan kee?? Hehehehe😁😂

    BalasPadam
  20. Best gile cite nii!! Xde sambungan ke dear author??

    BalasPadam